Monday, December 6, 2010

Israel Terbakar




















Baru api dunia dah kecoh habis! Mintak bantuan sana-sini. 
Dengar kata PALESTIN pun bagi pertolongan???


Saturday, December 4, 2010

Valuable Lesson

We can't always rely on the others.
After I had gone through my life, I learnt a lot of things. Countless indeed. Sometimes it made me happy, sometimes it made me hurt and it did make me more matured on how I think and judge something.

And today the list increased. I learnt that we should not depend on the others. In order to survive sometimes we need to rely on ourself. We surely cannot depend on the others just to make sure we keep survive.

For the last 2 semester being a UiTM student, I think I relied too much on the others and I think I need to change that attitude. It might make the others sick of me. And I am truly sorry for that. When I was a UIA-ian, I was a loner and I didn't have problem with that. Till now I still survive. Thanked Allah for that.

Final semester, maybe I need to change the way I behave. And hopefully I can go through this hectic life before I bid farewell to UiTM Kedah. InshaAllah.

note: What we need to survive? Food of course!

Wednesday, November 24, 2010

Maaf

Andai mengenalimu satu kesalahan
Hanya kata maaf yang mampu saya ungkapkan
Bukan berniat ingin memberikan harapan
Hanya sekadar ingin berteman.

Belum matang saya katakan
Itulah yang tersemat dalam fikiran
Prinsip dan janji jadi pegangan
Akan sentiasa saya pertahankan.

Maaf...

Tuesday, November 23, 2010

Sunday, November 14, 2010

MUET

Sekarang baru aku ada kekuatan untuk update blog pasal MUET. Semalam aku rasa lemah, kecewa, sedih dan macam-macam lagi yang aku rasa. Semuanya kerana MUET. Rasanya aku dah bersedia untuk terima apa jua keputusannya.

Band 4? Aku tak yakin, langsung tiada keyakinan untuk mendapat band 4 selepas mengambil MUET semalam. Maksudnya, aku kena bersedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Impian yang aku nakkan, cita-cita yang aku impikan, masa depan yang aku hajatkan kini bagai nyawa dihujung tanduk. Semua impian mungkin akan punah.

Tanpa band 4, semua angan-angan akan kekal angan-angan. Sedih? Hanya Allah saja yang tahu apa yang sebenarnya aku rasakan. Apa yang pernah dirasakan oleh senior sebelum ni aku boleh rasa sendiri sekarang. Impian yang dikejar selama ini mungkin musnah hanya kerana satu peperiksaan, MUET.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Jauh dilubuk hati, aku masih mengharapkan keajaiban. Keajaiban yang akan membawa berita kegembiraan. 

Allah, segalanya mungkin bagi-Mu, perkenankanlah doaku.


Wednesday, November 3, 2010

Result Exam Yang Ironik

Perancangan Allah itu sungguh misteri. Keputusan yang kadang-kadang kita jangkakan boleh berubah dengan kekuasaan-Nya. Kun fa ya kun. Aku akur dengan ketentuan-Nya. Itulah Qada' dan Qadar-Nya.

Kelmarin adalah hari dimana keputusan peperiksaan semester 2 diumumkan. Bersyukur, redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi. Tapi rasa sedih tidak dapat disembunyikan. Target yang aku harapkan tidak tercapai malah sedikit rendah dari semester lepas. Kecewa? Itu sudah semestinya. Lain yang diharapkan, lain yang terjadi. Benarlah perancangan Tuhan itu sungguh misteri.

"Tuhan sedang berbicara denganmu"

Teringat bait-bait kata dari filem Ayat-Ayat Cinta. Mungkin ini satu teguran dari Allah kerana aku jauh daripada-Nya. Hanya bangun bertahajud dan bersolat hajat ketika waktu peperiksaan. Cuba 'merasuah' Tuhan sendiri. Bila lapang aku lupa pada-Nya. Sibuk dengan urusan dunia. Astargfirullah... Itu teguran, itu ujian dan aku terima.


Result yang sungguh ironik! Benar-benar ironik! Intermediate English, Law II dan Library merupakan subjek yang aku harapkan untuk mencapai target yang aku inginkan kerana aku agak yakin ketika menjawabnya. Semuanya dapat dijawab dengan tenang dan yakin tapi keputusan menunjukkan sebaliknya. Manakala subjek Social Psychology dan Critical Thinking yang aku fikir akan 'merosakkan' result exam aku sebaliknya menjadi penyelamat result aku sendiri! Soalannya sangat susah. Tapi itulah ketentuan-Nya. Dia yang menentukan segala-galanya.


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Aku masih dalam zon 'dean list' dan aku bersyukur. Tapi InshaAllah semester depan yang jugak merupakan semester akhir, aku akan tebus semuanya!
Dan kepada semua kawan-kawan Pre-Lawrians, TAHNIAH aku ucapkan! :)


Thursday, October 28, 2010

Congratulation Maher Zain!

First and foremost, I would like to congratulate Maher Zain for reaching 1 million fans on Facebook. Well I can say that he is one of the new singers but the momentum he brought is spectacular. Now he got more than 1 million fans in his official Facebook page and the numbers are increasing. The rapid increase started when he visited Malaysia and performed at the Save the Soul Concert!  How I wish I was there!
 
His message of peace, love and God has somewhat taken Malaysia by storm. Many though are skeptical as to why Malaysians have fallen head over heels with this Lebanese born singer. Could it be his voice, his message-filled songs or is it merely his clean good looks? Whatever it is, it has garnered him attention from all walks of life and brought him super stardom here in Malaysia.

The "Maher Zain fever” can be seen throughout Malaysia as numerous shops are playing his tunes repeatedly. And so do I. I like to play and sing his religious songs and his song really fascinate me especially InshaAllah.  Not only me, but I can see that even the ‘huhahuha’ teenagers are amazed with his songs and some of them are even cries when they listen to his songs!  And I am extremely shocked when some of the Christians also listen to his songs! MasyaAllah! :’)

Christians also like his songs.
Maher Zain confessed that previously he was very far from Islam and he even forgot how to read the Al-Fatihah. But during his brief visit home to Sweden, he went to the mosque and attended some Islamic talks with friends and he heard some people singing nasyeed. This was the turning point in which he recognized that the emptiness he had been feeling over the years was due to his lack of religion. Finally he realizes that only Islam can bring peace and tranquility to him. But he did not stop there. Now he spreads the messages of Allah and he knows it is a duty and an obligation to do it.

His first album Thank You Allah features 14 songs mainly presented in English except for a couple of tracks that feature duets in Urdu and Arabic. Three main tracks have stolen my heart and they would be InshaAllah, Open Your Eyes and For The Rest of My Life. I ‘heart’ them! :)

Maher Zain said that he had already written a song titled, Dear Allah which will be the continuation of the song, Thank You Allah. He said;

"With the song, Dear Allah which I wrote all by myself, I wrote it as a continuation to the song, Thank You Allah because in, Thank You Allah, the message was of gratitude towards God who brought me back to the righteous path. But for Dear Allah, it is my doa (prayer) to ask God to guide and keep me on the right path. Basically what I am trying to convey is that I realise how God has the ability to easily take away all that He has given me, therefore it is a song which will remind me not take anything for granted."

I can’t wait to listen to his new song! I'm pretty sure Dear Allah will be hits just like all his songs! And by the way, Maher Zain is already married. His wife is Morroco+Europe and she is pregnant their first child. :)

Mabruk Alayk ya Akhi! :)

Malaysiaku Yang 'Maju'


Kita mahu mencapai negara maju. Menjelang 2020 nanti, kalau tak kiamatlah kita nak Malaysia menjadi antara negara yang terbilang didunia. Maju dari pelbagai aspek. Nama Malaysia disebut-sebut  sebagai antara negara termaju di dunia ni. Bangga tu! Itulah yang semua orang nak. Kita dikenali. Oleh itu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). 

Macam mana nak buat???

Ini semua dapat dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Dengan ini lebih ramai pelancong antarabangsa khususnya dari barat akan datang ke negara kita dan industri pelancongan dapat diperkasakan.

Dear Malaysians, you should be 'proud'!!!


Aku nak tanya sikit adakah ini takrifan baru dari perkataan MAJU? Atau takrifan maju itu dah berubah??? Kenapa DBP tak buat press conference yang perkataan MAJU itu sama maksudnya dengan perkataan menjadi JAHILIYAH? Atau aku yang ketinggalan??? Untuk mencapai negara maju, kita perlu memacu INDUSTRI NAFSU eh silap INDUSTRI PELANCONGAN... Dengan ini akan MAJULAH negara yang bergelar Malaysia.
 
 

Oleh itu, jangan terkejut jika lebih ramai bayi bersepah dibuang didalam longkang dan tong sampah. Jangan terkejut jika lebih ramai remaja yang terlibat dengan kebejatan sosial. Jangan terkejut jika lebih ramai manusia yang rosak akhlaknya. Jangan terkejut jika Malaysia menjadi sasaran pengganas antarabangsa dan jangan terkejut jika Malaysia ditimpa bala. Kerana andalah yang mengundangnya. Sekalung TAHNIAH saya ucapkan! *sarcasm*

Ada orang cakap, "Tindakan kerajaan memalukan Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam" Sila betulkan kenyataan anda. Malaysia BUKANLAH sebuah negara ISLAM. Ini bukan aku cakap, Tunku Abdul Rahman yang cakap. Aku quote balik kata-kata beliau;

 

 

"Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam."
Tunku Abdul Rahman

 

Jadi, sila betulkan kenyataan anda jika anda berpendapat Malaysia adalah sebuah negara Islam. Islam hanyalah agama rasmi negara yang termaktub dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebab majoriti penduduknya beragama Islam. Yang lain bebas mengamalkan agama sendiri seperti yang termaktub dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Faham???

Sebelum ni pulak heboh dengan kes Islamic Fashion Festival yang dinaungi Menteri 'PERMATA' Datin Seri Rosmah Mansor. Fesyen yang Islamik kononnya ternyata mendapat reaksi ramai pihak. Sampai ada page kat Facebook yang mendesak agar Datin Seri Rosmah memohon maaf pada umat Islam. 

Fesyen yang buka sana sini dikatakan Islamik. Hebat! Ajaran mana pulak ni??? Kalau setakat ada tulisan nama Muhammad kat baju, tu pun dieja terbalik, itu bukan Islamik, itu adalah satu penghinaan. Tapi pelik jugak tak dilaporkan oleh arus media perdana. Pro kerajaan agaknya. :)



Aku tertarik dengan kenyataan seorang ulama UMNO, "Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Respon??? Ok aku quote respon ni sebijik-sebijik dari tukartiub;"

"KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit… BETULALAAA…BETUL… TEPAT…. kah kah kah..

woit…..PEMBANGKANG NI MEMANG BUAT FITNAH…kah kah kah..

woit…. ENCIK FLEMMING ROSE DARI AKHBAR DENMARK SEMATA MATA PENGARANG AKHBAR …. kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN ENCIK ROSE YANG LUKIS KARTON ITU… kah kah kah

woit… VINCENT TAN…. SEMATA MATA TUAN PUNYA KEDAI TOTO…. kah kah kah….

kah kah kah… VINCENT TAK PERNAH JUAL TIKET JUDI…. kah kah kah..

woit… UNCLE LIM SEMATA MATA TUAN PUNYA GENTING…. kah kah kah…

kah kah kah… UNCKE LIM TAK PERNAH MAIN DAUN PAKAU…. kah kah kah..

kah kah kah…. OBAMA SEMATA MATA PRESIDENT AMERIKA…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERNAH DIA BUNUH ORANG AFGHANISTAN…. kah kah kah.."

Dan TukarTiub kata lagi bila kafir buat marah, kena batang hidung sendiri diam pulak. Haha bila aku fikir-fikir balik ada betulnya juga.
 
 
Inilah Malaysiaku yang ingin maju. Inilah realiti tanah airku. Agama rela digadaikan demi 'kemajuan'. 
Malaysia oh Malaysia, masihkah ada sinar untukmu???

*Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan : Freedom of speech.
Jadi suka hati aku laa nak post mender pon. :)

Wednesday, October 27, 2010

Ramuan Persahabatan

"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. 
Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

Terus terang aku sangat suka quote diatas. Sepanjang 19 tahun hidup di atas muka bumi ni, telah banyak perkara yang aku belajar tentang kehidupan, tentang keluarga, tentang cinta dan tentang persahabatan. Sepanjang bersahabat, aku dapat lihat dan nilai pelbagai jenis ragam manusia. Masing-masing dianugerahi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak kurang juga dengan keburukan dan kelemahan masing-masing. Biasalah, mana ada manusia yang sempurna.

Dalam bersahabat, terdapat 'ramuan-ramuan' yang diperlukan. Ramuan yang akan menguatkan ikatan dan meneguhkan pertalian dalam persahabatan. Ramuan-ramuan ini perlu diadun dengan sebaiknya agar ikatan persahabatan yang terjalin berkekalan.
...

Ramuan Persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Tetapi awas, zaman sekarang, cinta yang diucapkan mestilah benar-benar cinta kepada seorang sahabat. Bukan cinta nafsu atau cinta songsang. Faham kan??? :)

* KASIH SAYANG pulak lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, InshaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, InshaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. Kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. Takkan semua benda nak cerita kan??? :)

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau kacak, aku mesti kacak," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

... 

Inilah ramuan yang perlu ada dalam persahabatan. Dengan teradunnya  ramuan ini, InshaAllah akan berkekalan ikatan persahabatan itu. Tapi jangan lupa letak BAWANG yea kerana: 
"Friendship is like an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

Tuesday, October 26, 2010

Kancil Ayah Kembali

Alhamdulillah, petang tadi ayah dapat panggilan dari pihak polis. Panggilan yang ditunggu-tunggu selama ini. Panggilan yang memberikan khabar gembira. Aku menjawab panggilan itu lantas segera menyerahkan kepada ayah. Ketika bercakap, tergambar keriangan dari wajah ayah. Aku tahu itu berita gembira. Kereta ayah sudah ditemui. Syukur. Terima kasih ya Allah kerana memperkenankan doa hambaMu yang benar-benar berharap.

Hampir dua minggu. Ayah dan mak tahu harapan semakin tipis. Beberapa hari lepas, aku, ayah dan along keluar meninjau ke tempat menjual kereta terpakai. Mencari kereta baru. Kereta satu keperluan bagi ayah dan mak. Dulu kereta Kancil tu selalu digunakan untuk bawa jemaah pergi solat jenazah dan pelbagai kegunaan lagi. Kereta itu banyak jasanya pada aku dan keluarga.

Ayah dan mak tak serahkan tanggungjawab itu sepenuhnya pada pihak polis. Mereka juga perlu berusaha dan berikhtiar. Dan sebagai seorang yang bergelar Muslim, bantuan dari Illahi yang paling didambakan. Solat hajat, bacaan Yaasin dan doa yang berterusan dengan satu harapan agar kereta Kancil putih bernombor plat PEL3036 ditemui semula. Ayah juga ada memaklumkan pada imam masjid pada ketika beliau mengimamkan bacaan Yaasin di masjid. Besar harapan ayah agar kereta itu ditemui semula.

Sebelum ni, ada maklumat diterima yang kereta tersebut ada di Changlun. Di sebuah kampung dan berada dalam kawasan kebun getah. Along pergi mencari dengan kawan-kawannya pada keesokan harinya. Tapi hampa. Beberapa hari selepas tu, ayah ada menemui seorang guru selepas disuruh oleh seseorang. Ayah pergi bersama along dan anaknya, Aiman. Setelah memaklumkan tujuan ke situ, tok guru tersebut menunaikan solat 2 rakaat. Apabila selesai, dia memaklumkan yang mencuri kereta ayah itu seorang lelaki berbadan gempal, berbaju hitam. Kemudian dia memberitahu langkah-langkah yang perlu ayah lakukan supaya si pencuri tersebut menghantar kembali kereta yang dicuri. Seterusnya serahkan pada Allah untuk 'kerja' selanjutnya.

Hari ini, harapan itu menjadi kenyataan. Kereta 'dihantar' kembali walaupun agak jauh dari tempat yang dicuri. Tayar dan rim dicuri dan digantikan dengan yang buruk namun kegembiraan jelas bertandang dalam diri ayah. Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah. :)

Monday, October 25, 2010

Lupakah Aku Pada Manual Itu?


"Dah lama mak tak tengok abang baca Al Quran."

Kata-kata mak petang tadi buat aku tersentak. Aku berfikir banyak kali. Benar. Dah lama aku tak sentuh 'manual umat Islam' tu. Selama ni sibuk sangat dengan buku-buku duniawi. Belajar bagai nak rak tapi ilmu-ilmu tu takkan teman kita kat sana nanti. Buku suci ni pulak dah lama aku tak sentuh. Baca jauh sekali. Malas. Mungkin itu alasan yang paling sesuai. Sedangkan itu peneman dikala keseorangan nanti...

Aku tahu mak mengharapkan perubahan. Perubahan pada aku demi kebahagiaan masa depan. Cemerlang kat sini dan kat sana. Duniawi dan ukhrawi. Sebabnya nak bersama satu keluarga kat sana nanti.

Sejak jadi pelajar universiti, Al Quran dah lama tak baca. Bukan lupa tapi tak berkehendak, malas. Kalau masa sekolah dulu, itu rutin wajib. Setiap Maghrib, ambik Al Quran baca. Tunggu ayah balik dari masjid, lepas tu baca depan ayah. Ayah akan tegur mana yang tak kena. Sekarang berhenti terus. Astargfirullah...

Bait-bait kalam Allah tu hari-hari beralun dalam rumah aku. Setiap Subuh dan Maghrib. Ayah akan imamkan mak untuk baca ayat-ayat cinta tu. Tiap-tiap hari. Aku dengar tapi tak tergerak untuk ikut serta.

Kalau dulu, Al Quran yang ayah dan mak dapat pemberian Kerajaan Arab Saudi kepada mereka semasa pergi haji dulu ada dengan aku. Selalu tengok. Suka baca terjemahannya, tapi sekarang macam dah tak ada minat. Al Quran tu pun dah tak tau kemana.

Kata-kata mak petang tadi sangat meninggalkan kesan dihati. Aku inginkan perubahan tu. Bukan nak suruh jadi alim ulama tapi cukuplah sebagai 'ordinary Muslim'. Teringat kata-kata Ustazah Fatma Al Zahra, "Tak perlu nak jadi alim ulama untuk masuk syurga, cukuplah dengan melaksanakan perintah Allah dan tinggalkan laranganNya." Mungkinkah ada sinar selepas ni???

"Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri"

Ayat 11 dari Surah Ar Raad' tu sampai sekarang aku hafal. Perubahan itu dari kita sendiri. Nak ubah nasib pun dari kita sendiri. Dan InshaAllah perubahan itu akan berlaku... :)

Dan sebelum mengakhiri bicaranya, mak mintak kebenaran aku untuk disedekahkan Al Quran milik aku yang selalu aku baca dulu pada seorang jiran yang memerlukan. Mulianya ibuku. :)

Tuesday, October 19, 2010

Secrets of Success


When I woke up this morning, I asked myself.


"What are some of the
secrets of success
in life?"



I found the answer right there in my very room.


The fan said : "Be cool."

The window said : "See the world."

The clock said : "Every minute is precious."

The mirror said : "Reflect before you act."

The door said : "Push
hard for your goals."

And don't forget the carpet said : "Kneel down and pray."



Don't despair and never loose hope
Cause ALLAH is always by your side

InshaAllah:)


Sunday, October 17, 2010

Kereta Ayah Dicuri

Pada mulanya ingat nak update blog pasal MUET Speaking dulu tapi aada benda lagi penting nak cerita. Well I can say that last Thursday was the worst day in my life, or my father's life. Kereta Perodua Kancil bernombor plat PEL3036 dicuri di kompleks Star Parade, Parade Alor Setar!

Today was supposed to be one favourite day during this semester break since my mother promised me to buy new shirts for me since no one  bought for me during Eid. Tapi lain pulak yang jadi, kereta kena curi and seriously I felt guilty.

Pagi tadi tepat pukul 10.00 am, my parents and I bertolak dari rumah ke Alor Setar and I admitted I was happy.  Nak pergi shopping, so mestilah happy. So when we arrived there, ayah bawak pergi beli kain untuk mak dulu. Untuk buat jubah. Ayah pun beli kain untuk buat baju melayu sebagai baju untuk pakai ke masjid hari-hari. Lepas selesai beli kain untuk mak dan ayah, terus ke City Plaza pulak untuk beli baju and of course it was for me! Tapi tak ada yang berkenan di hati, so my father decided to go to Pacific, Star Parade. Sebelum tu, pergi minum-minum dekat warung berdekatan.


Bila dah sampai Star Parade, ayah parking kat sebelah kiri main entrance. Banyak kereta mewah parking kat situ, so tak ada rasa papelah untuk parking kat situ. Terus masuk ke Star Parade dan terus menuju ke Pacific. Beli baju baru for me and we were in the Pacific around 1 hour.

So bila dah selesai, keluar dari kompleks Star Parade, around 1 petang terus ke tempat parking kereta. However UNFORTUNATELY, kereta tak ada! TAK ADA! Dan tempat parking tu pun dah diisi oleh kereta lain.OH MY! Ayah tanya betulkan kitorang parking kat situ. Of courselah! Ingat sangat tempat tu. Then everybody started to panic. Ayah ke hulu ke hilir cari kereta. Mak jaga barang-barang yang dibeli. Me?? Pusing kompleks Star Parade tu! PENAT weh! Dah laa besar!

Dah dua tiga kali pusing, tak jumpa jugak, so pergi balik tempat parking tadi. Ayah dah ada kat situ. Lemah seluruh badan. Seriously I was freaking worried! Dah laa ada darah tinggi. Then, I saw a taxi, I called my eldest brother kat Penang, I told everything to him. Dia suruh pergi buat report cepat and he called his friend suruh ambik kitorang kat balai polis. So naik taxi terus ke IPD Kota Setar.

Itu kali pertama masuk balai polis. Tak pernah-pernah seumur hiidup aku masuk balai polis. Then pergi buat report. Selesai semua, Inspektor tu kata kena buat statement pulak tapi Sarjan bertugas tak der, so kena tunggu sampai pukul 4 petang. Pergi makan, solat kat Masjid Zahir dan terus ke IPD Kota Setar balik.

Pergi situ, jumpa Sarjan Basri, bagi statement, tanya soalan yang bagi aku agak mengarut dan tak penting then siap. Lepas tu kawan abang hantar balik rumah.... Penat sangat hari tu!!!



Now keep on praying agar kereta tu jumpa balik. 
HOPEFULLY :)

Sunday, October 10, 2010

Semester 2 Dalam Ingatan


Farewell semester 2. Selamat tinggal. Bye-bye.
Ok semester dua sudah berakhir pada 28 September 2010 lalu apabila berakhirnya last paper 
Social Psychology.
Segala kenangan dan memori dan kenangan akan kekal diingatan.
Malas nak cerita panjang-panjang.

Pabila exam habis, my first roommate yang balik dulu adalah Nik, diikuti Idy, kemudian saya serentak bersama Amirul, Fahmi dan last sekali Akram.

. . .

Memandangkan semester itu semester last untuk Akram, sebelum balik we planned a suprise farewell party for him. Sebelum tu dia belanja kitorang satu bilik KFC. Ok THANK YOU.

Here are the pitchas! :)

Typical boy's room! Biasalah :)

 . . .

Semestinya Secret Recipe
. . .
Good luck!!!
. . .

Dan kepada classmates saya

My classmates :)
I wish you guys all the best for your incoming result. 4.0 yea!!! :)


. . .

And to all pre-lawrians especially PART 3, I wish you guys all the best, good luck and farewell.

IN HOC SIGNO VELICES

Saturday, October 9, 2010

Final Exam Punya Cerita

Final Exam! For some students it is a NIGHTMARE! Yes it is!
Final exam is a nightmare for me! It means that I have to read and read and read. A LOT!

The facts, the terms, the words sometimes are extremly hard to memorize! Azab weh! But this is it! The moment to reveal myself as a student. A REAL STUDENT! Why? Because usually in class I did not really pay attention when my lecturers were teaching! Haha. But when it comes to final examination, I have to become a real student. I need to read again and do the revision. Bahasa mudahnya baca semua balik. Serius PENAT weh!

This semester 4 papers were waiting for me.

Library and Information Processing Skills
Introduction to Law II
English for MUET
Social Psychology
*Critical Thinking
tak de final exam :)

Sepanjang musim exam, I spent most of my time at Perpustakaan Sultan Badlishah. Tempat favorite setiap kali musim exam. Last semester, when I was in semester 1, I had my own study group but sadly no study group for this semester. Group tu masih ada tapi malas nak join, seganlah pulak tengok budak-budak pandai kat situ.Huhu. So I decided to study alone. Setiap hari di library. Kadang-kadang jer ditemani kawan-kawan sekelas. However I preferred to be alone sebab kalau ramai-ramai memang tak jadi kerja. Asyik berchit-chat sahaja. 
Khusyuk mengajar. "Mu pahe dop Aimi?" Haha
Dan kalau kat library, duduk kat meja yang untuk sorang-sorang lagi kusyuk study sebab kalau duduk dekat meja yang boleh memuatkan ramai orang, kejer tak jalan. Because I like to watch people! Tengok orang bercakap, main fb, study dll. Yang  paling paling best tengok orang kena tahan dengan akak-akak librarians bila diorang nak keluar library lalu depan pintu yang sangat canggih itu dan pintu itu berbunyi. MALU WEH! Haha :)

Ok ini cerita exam.

Library and Information Processing Skills

Also known as  MTC038. Belajar macam mana nak retrive data, nak guna library, baca kes dan segala bagai. First paper dan diakui paper ni agak susah. Momentum exam tu masih belum ada sebab masih dalam mood raya. Sepatutnya BEL260 dulu, tapi ditukar MTC038 dulu, jadi kerisauan tu memang tinggi. Bila tiba time exam, Alhamdulillah, I did pretty well. Boleh jawab semua walaupun diakui agak susah. Harap-harap result pon oklah nanti.

Introduction to Law II

Juga dikenali sebagai MTC037 dan subjek ni belajar pasal jenis-jenis law, mahkamah, macam mana nak saman orang [I LIKE!] dan banyak lagi. Ok ini tak risau sangat sebab bila buat tutorial pon ok, tapi kan satu yang saya pasti, 5 markah dah melayang gara-gara tak faham maksud "DEFECTS" dan tak baca details untuk bab tu! Oh COMMON LAW! :( Tapi saya tetap OPTIMIS! Masih ada 95 markah lagi. Haha. Tapi ada masalah lain lagi. Soalan last sekali yang sebanyak 30 markah! Memang boleh jawab tapi yang mengganggu ketenangan jiwa sekarang adalah jawapan yang saya berikan adalah pendek! Tapi kalau ikutkan itulah cara lecturer ajar, itulah cara menjawab soalan tu tapi yang tak bestnya pendek je essay tu! Macam tak padan pulak! Mak kata tak pe, ikut cikgu berkat! Hopefully. :)

English for MUET

Saya panggil BEL260. Ini punya tak study sangat  pun. Ye laa nak study apa benda. Tak der apa yang nak distudykan. Cuma tahu format nak buat essay jelah. Time exam ok-ok jer! Yang tak faham maksud tu tembak jelah, takkan nak tinggal kosong pulak. Tapi yang tak bestnyer part nak buat essay tu. Tak de idea! Puas fikir tapi idea  tak mai-mai. Tapi panjang laa jugak essay tu.
p/s: Miss Ima, bagi markah tinggi-tinggi yea. :)

Social Psychology

Kalau semester lepas, Introduction to Malaysian Govt and  Politic mampu membuatkan saya bergetar seluruh badan, semester ini, inilah subjeknye! MTC039 is the killer subject for me! Banyak sangat terms pelik-pelik, teori-teori yang perlu dihafal. Bukan satu dua teori, berlambak. T__T Seriously I'm freaking nervous! Takut. I called my dad earlier and he asked me to perform solat hajat and solat tahajud. Papepun back to the basic, ISLAM, the religion of Allah. Thanks AYAH. Pada hari exam, petang, masuk exam dengan perasaan nervous, takut, cuak dan perasaan yang sama waktu dengannya. The moment I read the questions, I was effing angry! Chapter 14 tak masuk! TAK MASUK! Sedangkan tahun-tahun sebelum ni semua ada. Macam bab wajiblah. Guess what, I already memorized all the facts in CHAPTER 14! Tapi Alhamdulillah, masih ada bab-bab lain yang dihafal masuk. Hopefully everything just gonna be fine. InshaAllah. :)

Kalau anda bijak bistari, subjek apakah ini? :)
Setiap orang akan ada cara sendiri untuk study. Sambil dengar lagu, buat nota-nota ringkas, dan macam-macam cara lagi. Well for me I prefer to listen to Maher Zain's songs! Lebih-lebih lagi lagu InshaAllah. Liriknya mampu memberi semangat dan menenangkan. Bila dah rasa semangat study tu dah luntur dengar lagu Maher Zain.

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

InshaAllah...InshaAllah...InshaAllah
InshaAllah you’ll find your way

Tapi  sebelum  memulakan  study,  satu  perkara  wajib  saya  akan  buat,  dengar  surah  AR RAHMAN, surah favourite tu. Pastikan bacaan Saad Ghamdi. Merdu dow! :) Lepas tu baru mula study.

Papepun kepada semua kawan-kawan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
ALL THE BEST!!!

Monday, October 4, 2010

Diari Aidilfitri Saya

Selamat Hari Raya! Hari ni dah 25 Syawal 1432 Hijrah, jadi rasanya kita masih dalam mood raya. Bulan Syawal belum berakhir, rayakan sebulan! :)
Cerita raya ni patut dah post lama dah tapi sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester, so perlu fokus pada pelajaran dululah! Sekarang baru berkesempatan untuk menaip, so saya mulakan cerita Aidilfitri saya.

Hari Raya Pertama
Bangun pagi dah raya. Happy??? Tak sangat kot, sebab raya dengan mood exam, jadi tak rasa nak raya sangat, asyik fikir exam jer. Pagi tu bangun mandi dan pergi sembahyang raya. Balik rumah, dah ada kawan datang, so layan kawan then pergi raya rumah jiran terdekat. Lepas tu balik rumah dan tengok tv. Petang tu pergi rumah kawan yang nak berangkat ke India jap, takut tak sempat jumpa nanti. Kat rumah tak sangka pulak rumah saya nak jadi tempat orang nak datang beraya, ramai giler datang. *mungkin sebab mereka tahu ada mee kari???* Tak sempat nak keluar beraya ke rumah mak-mak sedara terdekat. Hah apa lagi, bisinglah diorang sebab tak datang rumah! Malam tu, ditakdirkan Allah dan mungkin dek kerana TNB yang tidak bertauliah, elektrik putus! Ayah cakap inilah time yang sesuai nak pergi beraya ke rumah mak sedare! So my parents, abang, kakak, adik, abang ipar, kakak ipar bersama anak sedare tercinta cepat-cepat bersiap untuk beraya ke rumah mak lang, mak ngah, mak long. Kalau tak pergi, diorang ni bising. Hahaha. Abang yang no 3 ayah pesan duduk rumah, jaga rumah! Hahaha kesian. :) Balik lewat malam then tido.
Hari Raya Kedua
Sisa penat raya pertama masih ada, mak dah pesan jangan kemana-mana sebab nak pergi raya kt rumah pak ngah, pak su dan mak long pulak [sebelah mak]. Jauh so tanpa membantah kerana tidak mahu menjadi anak derhaka, saya menurut perintah. Lewat petang baru balik, tak de pape pon yg best kat situ.

Hari Raya Ketiga
Hari ni plan nak pergi raya dengan kawan-kawan, tup-tup tak jadi. Masing-masing ada komitmen lain, so duduk rumah tengok tv. Terbaik!!! :)

Hari Raya Keempat
Semalam terpaksa cancel so today by hook or by crook akan pergi jugak beraya dengan kawan-kawan, tiba-tiba dapat mesej dari Elisa, kereta dia accident. So terpaksa hantar ke bengkel tapi niat dihati nak teruskan beraya, so terus plan dengan Am dan Leka. Pergi raya rumah Leka dan kawan-kawan kat situ. Then dapat idea untuk ambik Elisa yang ditemani Dayah kat bengkel. Tinggalkan kereta kat situ dan pergi beraya bersama. Am, Leka, Elisa, Dayah, Fauzani, Hajar dan Ain, terima kasih for making my raya such a memorable day!



Hari Raya Kelima
Makan, makan, makan, tengok tv, makan balik bla bla bla.... :)

Hari Raya Keenam
Dah raya dah habis! Nak kena balik UiTM! Apa lagi exam dah dekat, so kena balik awal nak study. Studylah sangat! Along cakap nak hantar tapi awal sikit. Sedihlah. Mood raya ada lagi. Tak lama lepas tu Amirul hantar mesej, nak datang beraya kat rumah! Dengan kawan-kawan pre lawrians yang lain. Happy!Rombongan 2 buah kereta datang rumah. Amirul, Fahmi, Azmi, Ida (Saya bangga Presiden Pre Law datang rumah. LOL), Zuzu, Wani dan Elly. Sebelumm datang mereka pesan suruh masak, sebab nak makan malam kat rumah, tak malu almaklumlah kafe dan dining kat UiTM tak bukak lagi. So I told my father then dia terus keluar pergi beli barang untuk masak dinner untuk kawan-kawan. TERIMA KASIH AYAH. Petang tu kitorang keluar makan kat luar sebab masing-masing dah kelaparan dan balik rumah dinner pulak kat rumah saya! Hahaha. Bila selesai makan kami pun balik ke UiTM. Malas nak citer pasal kereta rosak. THE END. [Ini tak der gambar, salah Wani. hehehe]

Kesimpulannya, raya tahun ni tak best. Sebab dekat dengan exam dan duit raya pun sikit. Tapi kalau ikutkan raya tahun lepas lagi tak best, raya ketiga dah nak kena balik UIA. Hahaha tapi tahun ni kira up sikit laa dari tahun lepas. Sekian sahaja dari saya, terima kasih. Entri seterusnya nak cerita pasal final exam pulak. :)


Friday, October 1, 2010

Status Sekarang

Salam
Dah lama tak update blog.
Ini semua kerana komitmen yang perlu diberikan sebagai seorang pelajar.
Menghadapi peperiksaan akhir semester.
Apa pun pelajaran perlu diutamakan.

Ketika status ni diupdate, saya dah ada di rumah bersama ibu, ayah dan adik. 
Mereka adalah keluarga tercinta.
Tetapi ada 'keluarga' yang perlu saya tinggalkan.

 Mereka adalah
Roomates
Classmates
Coursemates
Mereka adalah sahabat
Mereka adalah keluarga 

Ada yang pulang sekejap sahaja.
Ada yang pergi untuk selamanya.
Saat meninggalkan mereka, saya rasa sayu, sebak, sedih, satu perasaan yang bercampur baur.
Ini semua mungkin kerana ukhwah yang tercipta.

Saya SAYANG mereka.

Hampir sebulan sesudah Aidilfitri tidak mencoret banyak bingkisan yang perlu diceritakan
Banyak kenangan ingin dilakarkan.

Saya akan kembali mencoret, menceritakan Aidilfitri saya, final exam saya dan perpisahan dengan semester 2.
Nantikan :)



Thursday, September 9, 2010

Happy Eid Mubarak!

To all Muslims around the world, I wish 
HAPPY EID MUBARAK.
To all my friends,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin


Pantun Hari Raya.Choose your own version.
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
Selangor & K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jangann dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang Besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
dicopy paste from here :)


p/s: Raya jemput datang rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...