Friday, March 11, 2011

The Tears

Aku jarang menangis, tapi hari ini air mata tak terbendung lagi. Saat khatib sedang membaca khutbah, air mata mengalir keluar. Di hadapan orang ramai, aku menangis, aku dah tak kisah apa yang orang fikirkan.
Hati ini sangat pedih. Sakit, sangat sakit. Hanya Allah yang tahu. Banyak perkara yang aku fikirkan, banyak persoalan yang bermain di fikiran. Allah!!!

Perasaan itu cuba untuk tidak aku layan, ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Peperiksaan akhir semester. Tapi kerana 'sakit' yang tak tertahan, hilang segala fokus dan perhatian. Hati makin merintih, mengeluh seolah-olah tak redha dengan ketentuan Tuhan. Astargfirullah...

Aku perlu bertahan. Hanya seminggu sahaja lagi sebelum semua ini menjadi kenangan. Kenangan pahit yang bakal dilupakan. Allah, kurniakan aku dengan kekuatan, berikan aku ketabahan, titipkan aku dengan kecekalan agar dapat aku lalui semua ini dengan penuh kesabaran!

Permudahkan urusanku ya Allah, hamba-Mu  memohon pertolongan. :'(



Monday, March 7, 2011

The End of Part 3 and Pre Law

Lama tidak mencoret disini. Blog dah berhabuk bersawang. Malas nak update. Ada jer banyak benda nak di'story'kan tapi assignments sendiri pun tak tertaip, nak menaip kat sini lagilah malas. Kalau malas tu dah menguasai diri, apa kerja pun tak jadi. Makan, tidur, online. Nikmat dunia. Tapi bukan sebab 100% malas, ada komitmen lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan. Dah nama pun pelajar, so biasalah! Assignments mestilah banyak, tambah-tambah aku yang dah akhir semester kat UiTM Merbok, Kedah ni sebagai pelajar Asasi Undang-Undang.

Bercakap pasal akhir semester, pada hari Khamis, bersamaan 3 Mac 2011 jam 11.00pagi selepas kelas Introduction to Law III Madam Rosnelim, maka tamatlah sudah kuliah Asasi Undang-Undang UiTM. Alhamdulillah, selepas habis sahaja presentation terakhir dalam kelas tu, terasa kurang sedikit beban yang ditanggung. Selepas kelas bersurai, terus berlari ke Perpustakaan Sultan Badlishah untuk print assignment terakhir, BEL 342 walaupun ada sedikit masalah ketika ingin mem'print'nya. Tatkala sudah dihantar ke bilik lecturer, diri ini hanya mampu mengucap kalimah Alhamdulillah. Akhirnya perjuangan sebagai pelajar Asasi Undang-Undang selesai. Hanya menunggu waktu untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 14 Mac 2011 dan berakhir pada 18 Mac 2011 ini. 


Sepanjang blog ini tidak diupdate, ada beberapa event besar dijayakan. Antaranya LAW FIESTA. Aku bertindak sebagai Head of Departmen of Exhibition. Besar dugaannya, berat cabarannya. Tapi apabila sudah diamanahkan untuk kerja tersebut oleh Ketua Projek, aku akur. Amanah itu perlu dipikul. Aku dibantu oleh 3 orang komiti, atau lebih tepat lagi tiga orang superwoman. Mereka wanita tapi mereka hebat. Nabila Abdullah yang paling banyak membantu. Mengangkat partition yang berat-berat untuk disusun sementara komiti-komiti lelaki dari department lain sedang tidur. Nurhashimah Hashim dan Nurul Hazwani Zulkifli. Ini juga dua orang superwoman dari department aku. Walaupun berbadan kecil dan demam, tetapi dengan kudrat yang kecil itu, bantuan turut dihulurkan. TERIMA KASIH dan aku mohon MAAF kerana menyusahkan korang semua. DEMI ALLAH, aku rasa bersalah. Bie, Wanie, aku nampak korang menangis sebab penat tapi korang tak tunjuk kat aku, aku rasa bersalah dan aku mintak maaf.

Insan-insan hebat Dept of Exhibition

Turut membantu adalah Azleena Khairuddin, bukan dari department aku tapi merupakan salah seorang Exco Tertinggi LAW FIESTA. Leen ditugaskan untuk menjaga bahagian pameran tapi kudratnya digunakan untuk membantu aku. Malah kadang-kadang lebih awal tiba dari aku untuk mengangkat partition-partition pameran. Leen, kau hebat!

Semua sekali 9 pameran. Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Pre Law  Club, Kelab Fotografi, Majlis Sekretariat dan 5 pertandingan pameran dari Prelawrian Part 2. Pemenangnya dari kelas gabungan A dan B yang bertanggjawab untuk menjayakan pameran berkenaan Pulau Batu Putih. Tahniah kepada presenternya! :)

Walaupun penat, aku puas hati, pameran berjaya! 
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya!


Oh lupa nak cakap, semalam aku baru blik dari Titi Hayun dan The Carnival. I had a blast with my classmates! Thank you guys for such a beautiful memories! Love you guys till the end!

Till then, akan diupdate lagi selepas ini. Do wait for next entry yea!



p/s: sekarang dah start study week, tapi mode study masih belum datang.
Oh Lord, help me.

Friday, January 21, 2011

Pertahankan Amanah!

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki. Ada 5 teka-teki tapi aku berminat untuk highlightkan satu sahaja. Teka-teki itu berbunyi begini.

       Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
       Murid 1 : Baja
       Murid 2 : Besi
       Murid 3 : Gajah
       Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

Rujuk pula manual umat Islam ini dari Surah Al Ahzab ayat 72.

"Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant."

Baca pula sirah Rasulullah ini.
Pada suatu hari ketika sedang berkecamuk Perang Uhud, Rasulullah
mengangkat pedang, lalu bersabda kepada para sahabat yang ada waktu itu,
"Siapakah di antara kalian yang mau menerima dan menggunakan pedang
ini?"

Para sahabat hampir semua mengulurkan tangannya seraya berkata, "Saya,
saya," sahut mereka.

Melihat reaksi para sahabat demikian kemudian Rasulullah bersabda lagi
dengan suara agak tinggi, "Siapakah di antara kalian yang mau menerima
dan menggunakan pedang ini dengan penuh tanggung jawab?"

Kerana disertai dengan kata-kata tanggung jawab, untuk beberapa saattidak ada yang menjawab. Akan tetapi, tidak terlalu lama, kemudian Abu
Dujanah salah seorang di antara mereka yang duduk cukup jauh dari
baginda Rasul, berteriak sambil berkata, "Wahai utusan Allah insya Allah
saya mahu menerimanya dengan penuh tanggung jawab".
------------
----------------------------
-----------

Teka teki, ayat Al Quran dan Sirah diatas merujuk kepada AMANAH. Bagi yang belum faham apa itu amanah, ia adalah TANGGUNGJAWAB. Beban yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya. Tapi apabila amanah itu dikhianati, orang yang memegang amanah itu dianggap munafik. Ada tiga tanda munafik ; Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati. Fokuskan pada tanda terakhir. Agak-agak tempat orang munafik kat mana???

Imam Al Ghazali pun sendiri kata AMANAH itu berat kat dunia ni hatta gunung dengan bukit pun tak sanggup terima. Tapi manusia kata ya, mereka sanggup terima tapi apa mereka buat? Khianat! Tengok hujung ayat surah Al Ahzab tu, "He was unjust and ignorant" tapi apabila ada manusia yang tak nak jadi 'unjust' dan 'ignorant' tu dia kemudian dianggap jahat, dayus dan bersalah. Faham tak?

Ok aku bagi satu situasi, pada suatu hari aku telah diamanahkan oleh si A untuk jaga satu barang, tiba-tiba si B (perempuan) mintak, aku tak bagi sebab ini barang si A, kemudian si B cakap aku kedekut. Aku cuba jelaskan yang ini adalah hak orang lain, orang lain punya! Dalam nada yang lebih tinggi agar si B faham. Ini adalah hak si A dan aku telah diamanahkan untuk menjaganya. Tak kiralah walau si A tu kawan rapat si B sekalipun sebab kita bercakap tentang amanah. Kalau nak, tunggu aku serahkan pada si A dulu, kemudian bolehlah mintak pada tuannya sendiri.

Tapi tak semena-mena si B menangis kerana mengatakan aku marah padanya walaupun niat sebenar aku untuk menjelaskan yang barang ini adalah hak orang lain. Dan ada jugak umat Muhammad yang lain berada disitu. Tanpa mengetahui apa yang berlaku, aku dituduh dayus dan dianggap bersalah kerana membuatkan si B menangis. 

Oh manusia, cepatnya kau menghukum!

Dan aku MINTA MAAF kerana nada aku membuatkan si B menangis tapi aku sama sekali tidak akan memohon maaf kerana mempertahankan AMANAH. Kalau disuruh pilih antara AMANAH atau HATI & PERASAAN seorang teman, tanpa RAGU-RAGU, aku pilih AMANAH! Sebab bukan kau nak tolong aku jawab depan ALLAH nanti. Jadi MAAF kalau nada aku agak kuat kerana mempertahankan AMANAH orang tapi ingat aku bukan MARAH. :)




Believe me on one thing; 
KALAU AKU MARAH, NADA AKU LEBIH KUAT DAN PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT AKU JAUH LEBIH BERBISA! :)


Saturday, January 8, 2011

Aku Rindukan Taman Ilmu dan Budi

Aku rindukan damai Taman Ilmu dan Budi. Aku ingin ke sana, kembali menjadi pelajarnya.
Jiwa remaja yang sentiasa memberontak perlu ditarbiah.
Masih tercari-cari andai ada peluang ke sana.
Kembali menjadi pelajarnya bersama menggapai impian yang selama ini tersemat didada.
Jalannya penuh berliku, susah, dan payah.
Tetapi jiwa meronta mahu ke sana. 
Balik ke sana.
Persoalan yang sentiasa bermain di minda;
Masihkah Taman Ilmu dan Budi mahu menerima aku?
Ku pasrahkan pada-Mu, permudahkanlah urusanku.
 
 
I miss IIUM. 
I really do. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...