Wednesday, November 24, 2010

Maaf

Andai mengenalimu satu kesalahan
Hanya kata maaf yang mampu saya ungkapkan
Bukan berniat ingin memberikan harapan
Hanya sekadar ingin berteman.

Belum matang saya katakan
Itulah yang tersemat dalam fikiran
Prinsip dan janji jadi pegangan
Akan sentiasa saya pertahankan.

Maaf...

Tuesday, November 23, 2010

Sunday, November 14, 2010

MUET

Sekarang baru aku ada kekuatan untuk update blog pasal MUET. Semalam aku rasa lemah, kecewa, sedih dan macam-macam lagi yang aku rasa. Semuanya kerana MUET. Rasanya aku dah bersedia untuk terima apa jua keputusannya.

Band 4? Aku tak yakin, langsung tiada keyakinan untuk mendapat band 4 selepas mengambil MUET semalam. Maksudnya, aku kena bersedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Impian yang aku nakkan, cita-cita yang aku impikan, masa depan yang aku hajatkan kini bagai nyawa dihujung tanduk. Semua impian mungkin akan punah.

Tanpa band 4, semua angan-angan akan kekal angan-angan. Sedih? Hanya Allah saja yang tahu apa yang sebenarnya aku rasakan. Apa yang pernah dirasakan oleh senior sebelum ni aku boleh rasa sendiri sekarang. Impian yang dikejar selama ini mungkin musnah hanya kerana satu peperiksaan, MUET.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Jauh dilubuk hati, aku masih mengharapkan keajaiban. Keajaiban yang akan membawa berita kegembiraan. 

Allah, segalanya mungkin bagi-Mu, perkenankanlah doaku.


Wednesday, November 3, 2010

Result Exam Yang Ironik

Perancangan Allah itu sungguh misteri. Keputusan yang kadang-kadang kita jangkakan boleh berubah dengan kekuasaan-Nya. Kun fa ya kun. Aku akur dengan ketentuan-Nya. Itulah Qada' dan Qadar-Nya.

Kelmarin adalah hari dimana keputusan peperiksaan semester 2 diumumkan. Bersyukur, redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi. Tapi rasa sedih tidak dapat disembunyikan. Target yang aku harapkan tidak tercapai malah sedikit rendah dari semester lepas. Kecewa? Itu sudah semestinya. Lain yang diharapkan, lain yang terjadi. Benarlah perancangan Tuhan itu sungguh misteri.

"Tuhan sedang berbicara denganmu"

Teringat bait-bait kata dari filem Ayat-Ayat Cinta. Mungkin ini satu teguran dari Allah kerana aku jauh daripada-Nya. Hanya bangun bertahajud dan bersolat hajat ketika waktu peperiksaan. Cuba 'merasuah' Tuhan sendiri. Bila lapang aku lupa pada-Nya. Sibuk dengan urusan dunia. Astargfirullah... Itu teguran, itu ujian dan aku terima.


Result yang sungguh ironik! Benar-benar ironik! Intermediate English, Law II dan Library merupakan subjek yang aku harapkan untuk mencapai target yang aku inginkan kerana aku agak yakin ketika menjawabnya. Semuanya dapat dijawab dengan tenang dan yakin tapi keputusan menunjukkan sebaliknya. Manakala subjek Social Psychology dan Critical Thinking yang aku fikir akan 'merosakkan' result exam aku sebaliknya menjadi penyelamat result aku sendiri! Soalannya sangat susah. Tapi itulah ketentuan-Nya. Dia yang menentukan segala-galanya.


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Aku masih dalam zon 'dean list' dan aku bersyukur. Tapi InshaAllah semester depan yang jugak merupakan semester akhir, aku akan tebus semuanya!
Dan kepada semua kawan-kawan Pre-Lawrians, TAHNIAH aku ucapkan! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...