Cerita raya ni patut dah post lama dah tapi sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester, so perlu fokus pada pelajaran dululah! Sekarang baru berkesempatan untuk menaip, so saya mulakan cerita Aidilfitri saya.
Hari Raya Pertama
Bangun pagi dah raya. Happy??? Tak sangat kot, sebab raya dengan mood exam, jadi tak rasa nak raya sangat, asyik fikir exam jer. Pagi tu bangun mandi dan pergi sembahyang raya. Balik rumah, dah ada kawan datang, so layan kawan then pergi raya rumah jiran terdekat. Lepas tu balik rumah dan tengok tv. Petang tu pergi rumah kawan yang nak berangkat ke India jap, takut tak sempat jumpa nanti. Kat rumah tak sangka pulak rumah saya nak jadi tempat orang nak datang beraya, ramai giler datang. *mungkin sebab mereka tahu ada mee kari???* Tak sempat nak keluar beraya ke rumah mak-mak sedara terdekat. Hah apa lagi, bisinglah diorang sebab tak datang rumah! Malam tu, ditakdirkan Allah dan mungkin dek kerana TNB yang tidak bertauliah, elektrik putus! Ayah cakap inilah time yang sesuai nak pergi beraya ke rumah mak sedare! So my parents, abang, kakak, adik, abang ipar, kakak ipar bersama anak sedare tercinta cepat-cepat bersiap untuk beraya ke rumah mak lang, mak ngah, mak long. Kalau tak pergi, diorang ni bising. Hahaha. Abang yang no 3 ayah pesan duduk rumah, jaga rumah! Hahaha kesian. :) Balik lewat malam then tido.
Hari Raya Kedua
Sisa penat raya pertama masih ada, mak dah pesan jangan kemana-mana sebab nak pergi raya kt rumah pak ngah, pak su dan mak long pulak [sebelah mak]. Jauh so tanpa membantah kerana tidak mahu menjadi anak derhaka, saya menurut perintah. Lewat petang baru balik, tak de pape pon yg best kat situ.
Hari Raya Ketiga
Hari ni plan nak pergi raya dengan kawan-kawan, tup-tup tak jadi. Masing-masing ada komitmen lain, so duduk rumah tengok tv. Terbaik!!! :)
Hari Raya Keempat
Semalam terpaksa cancel so today by hook or by crook akan pergi jugak beraya dengan kawan-kawan, tiba-tiba dapat mesej dari Elisa, kereta dia accident. So terpaksa hantar ke bengkel tapi niat dihati nak teruskan beraya, so terus plan dengan Am dan Leka. Pergi raya rumah Leka dan kawan-kawan kat situ. Then dapat idea untuk ambik Elisa yang ditemani Dayah kat bengkel. Tinggalkan kereta kat situ dan pergi beraya bersama. Am, Leka, Elisa, Dayah, Fauzani, Hajar dan Ain, terima kasih for making my raya such a memorable day!
Hari Raya Kelima
Makan, makan, makan, tengok tv, makan balik bla bla bla.... :)
Hari Raya Keenam
Dah raya dah habis! Nak kena balik UiTM! Apa lagi exam dah dekat, so kena balik awal nak study. Studylah sangat! Along cakap nak hantar tapi awal sikit. Sedihlah. Mood raya ada lagi. Tak lama lepas tu Amirul hantar mesej, nak datang beraya kat rumah! Dengan kawan-kawan pre lawrians yang lain. Happy!Rombongan 2 buah kereta datang rumah. Amirul, Fahmi, Azmi, Ida (Saya bangga Presiden Pre Law datang rumah. LOL), Zuzu, Wani dan Elly. Sebelumm datang mereka pesan suruh masak, sebab nak makan malam kat rumah,tak malualmaklumlah kafe dan dining kat UiTM tak bukak lagi. So I told my father then dia terus keluar pergi beli barang untuk masak dinner untuk kawan-kawan. TERIMA KASIH AYAH. Petang tu kitorang keluar makan kat luar sebab masing-masing dah kelaparan dan balik rumah dinner pulak kat rumah saya! Hahaha. Bila selesai makan kami pun balik ke UiTM. Malas nak citer pasal kereta rosak. THE END. [Ini tak der gambar, salah Wani. hehehe]
Kesimpulannya, raya tahun ni tak best. Sebab dekat dengan exam dan duit raya pun sikit. Tapi kalau ikutkan raya tahun lepas lagi tak best, raya ketiga dah nak kena balik UIA. Hahaha tapi tahun ni kira up sikit laa dari tahun lepas. Sekian sahaja dari saya, terima kasih. Entri seterusnya nak cerita pasal final exam pulak. :)
7 comments:
raya tahun nie memang agak tak best.. raya yang paling best tyme kecik2 dulu.. best giler...
aah btul tu jat! dapat duit bnyk2!
betol3.. terasa nak raya.. tapi skang dah kurang excited nya tu... huuu...
haha..ak raye depan meja makan je duk perabih sate
wow..dah ada blog..semakin maju sekarang hehe...keep writing bro.
hajar: yup btul3. *gaya upin dan ipin*
amir: weh sedap tu!` haha
syarah: terima kasih sudi melawat :)
eleh,...2 pown puas pjuik sruh msak,..klu x erm,...jgn hrap,...hahaha.....papa pown thanks to your mom, sis n dad only,...for you,....erm,,.....haha
Post a Comment