Wednesday, October 27, 2010

Ramuan Persahabatan

"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. 
Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

Terus terang aku sangat suka quote diatas. Sepanjang 19 tahun hidup di atas muka bumi ni, telah banyak perkara yang aku belajar tentang kehidupan, tentang keluarga, tentang cinta dan tentang persahabatan. Sepanjang bersahabat, aku dapat lihat dan nilai pelbagai jenis ragam manusia. Masing-masing dianugerahi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak kurang juga dengan keburukan dan kelemahan masing-masing. Biasalah, mana ada manusia yang sempurna.

Dalam bersahabat, terdapat 'ramuan-ramuan' yang diperlukan. Ramuan yang akan menguatkan ikatan dan meneguhkan pertalian dalam persahabatan. Ramuan-ramuan ini perlu diadun dengan sebaiknya agar ikatan persahabatan yang terjalin berkekalan.
...

Ramuan Persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Tetapi awas, zaman sekarang, cinta yang diucapkan mestilah benar-benar cinta kepada seorang sahabat. Bukan cinta nafsu atau cinta songsang. Faham kan??? :)

* KASIH SAYANG pulak lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, InshaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, InshaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. Kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. Takkan semua benda nak cerita kan??? :)

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau kacak, aku mesti kacak," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

... 

Inilah ramuan yang perlu ada dalam persahabatan. Dengan teradunnya  ramuan ini, InshaAllah akan berkekalan ikatan persahabatan itu. Tapi jangan lupa letak BAWANG yea kerana: 
"Friendship is like an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

10 comments:

hajar said...

bawang itu manis..
tapi yang manis itu datang selepas kita menangis..
sebab potong bawang..
manis itu datang selepas kita bersabar..
nak tunggu dimasak dulu...
manis itu berkekalan...
sebab tak mungkin bawang rasa masin..
=)

RedBoys said...

nice info bro.. thanks kongsi.. sangat terkesan.. teruskan bg info menarik ye..

zahier said...

hajar: ok2 faham2....


redboys: thanks for reading.... InshaAllah :)

leka said...

menarik.. like2.. ^_^

zahier said...

leka thanks :)

Azmer Lias said...

"I always thought loving someone is the greatest feeling, but I realized that loving a friend is even better. We sometimes lose people we love, but we never lose true friends"

zahier said...

Azmer itu tak dapat disangkal lagi...
:)

zt-zati said...

sgt2 stuju..
~love that quote too..
:D

malina azmi said...

nice bro..friendship's recipe :)

zahier said...

zati. yup2 me too ^_^

malina: we should "try" this recipe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...