Sunday, October 17, 2010

Kereta Ayah Dicuri

Pada mulanya ingat nak update blog pasal MUET Speaking dulu tapi aada benda lagi penting nak cerita. Well I can say that last Thursday was the worst day in my life, or my father's life. Kereta Perodua Kancil bernombor plat PEL3036 dicuri di kompleks Star Parade, Parade Alor Setar!

Today was supposed to be one favourite day during this semester break since my mother promised me to buy new shirts for me since no one  bought for me during Eid. Tapi lain pulak yang jadi, kereta kena curi and seriously I felt guilty.

Pagi tadi tepat pukul 10.00 am, my parents and I bertolak dari rumah ke Alor Setar and I admitted I was happy.  Nak pergi shopping, so mestilah happy. So when we arrived there, ayah bawak pergi beli kain untuk mak dulu. Untuk buat jubah. Ayah pun beli kain untuk buat baju melayu sebagai baju untuk pakai ke masjid hari-hari. Lepas selesai beli kain untuk mak dan ayah, terus ke City Plaza pulak untuk beli baju and of course it was for me! Tapi tak ada yang berkenan di hati, so my father decided to go to Pacific, Star Parade. Sebelum tu, pergi minum-minum dekat warung berdekatan.


Bila dah sampai Star Parade, ayah parking kat sebelah kiri main entrance. Banyak kereta mewah parking kat situ, so tak ada rasa papelah untuk parking kat situ. Terus masuk ke Star Parade dan terus menuju ke Pacific. Beli baju baru for me and we were in the Pacific around 1 hour.

So bila dah selesai, keluar dari kompleks Star Parade, around 1 petang terus ke tempat parking kereta. However UNFORTUNATELY, kereta tak ada! TAK ADA! Dan tempat parking tu pun dah diisi oleh kereta lain.OH MY! Ayah tanya betulkan kitorang parking kat situ. Of courselah! Ingat sangat tempat tu. Then everybody started to panic. Ayah ke hulu ke hilir cari kereta. Mak jaga barang-barang yang dibeli. Me?? Pusing kompleks Star Parade tu! PENAT weh! Dah laa besar!

Dah dua tiga kali pusing, tak jumpa jugak, so pergi balik tempat parking tadi. Ayah dah ada kat situ. Lemah seluruh badan. Seriously I was freaking worried! Dah laa ada darah tinggi. Then, I saw a taxi, I called my eldest brother kat Penang, I told everything to him. Dia suruh pergi buat report cepat and he called his friend suruh ambik kitorang kat balai polis. So naik taxi terus ke IPD Kota Setar.

Itu kali pertama masuk balai polis. Tak pernah-pernah seumur hiidup aku masuk balai polis. Then pergi buat report. Selesai semua, Inspektor tu kata kena buat statement pulak tapi Sarjan bertugas tak der, so kena tunggu sampai pukul 4 petang. Pergi makan, solat kat Masjid Zahir dan terus ke IPD Kota Setar balik.

Pergi situ, jumpa Sarjan Basri, bagi statement, tanya soalan yang bagi aku agak mengarut dan tak penting then siap. Lepas tu kawan abang hantar balik rumah.... Penat sangat hari tu!!!



Now keep on praying agar kereta tu jumpa balik. 
HOPEFULLY :)

4 comments:

amirpo. said...

olo..kesian2..jgn sedih2 no..
buruk muke kau.

Azham Vosovic said...

Sy doakan kereta ayah awak akan ditemui semula..insyaallah...

Nik said...

Semoga ketemu keretanya...

Zahier Naqiuddin said...

thanks guys :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...