Kita mahu mencapai negara maju. Menjelang 2020 nanti, kalau tak kiamatlah kita nak Malaysia menjadi antara negara yang terbilang didunia. Maju dari pelbagai aspek. Nama Malaysia disebut-sebut sebagai antara negara termaju di dunia ni. Bangga tu! Itulah yang semua orang nak. Kita dikenali. Oleh itu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Macam mana nak buat???
Ini semua dapat dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Dengan ini lebih ramai pelancong antarabangsa khususnya dari barat akan datang ke negara kita dan industri pelancongan dapat diperkasakan.
Dear Malaysians, you should be 'proud'!!!
Aku nak tanya sikit adakah ini takrifan baru dari perkataan MAJU? Atau takrifan maju itu dah berubah??? Kenapa DBP tak buat press conference yang perkataan MAJU itu sama maksudnya dengan perkataan menjadi JAHILIYAH? Atau aku yang ketinggalan??? Untuk mencapai negara maju, kita perlu memacu INDUSTRI NAFSU eh silap INDUSTRI PELANCONGAN... Dengan ini akan MAJULAH negara yang bergelar Malaysia.
Oleh itu, jangan terkejut jika lebih ramai bayi bersepah dibuang didalam longkang dan tong sampah. Jangan terkejut jika lebih ramai remaja yang terlibat dengan kebejatan sosial. Jangan terkejut jika lebih ramai manusia yang rosak akhlaknya. Jangan terkejut jika Malaysia menjadi sasaran pengganas antarabangsa dan jangan terkejut jika Malaysia ditimpa bala. Kerana andalah yang mengundangnya. Sekalung TAHNIAH saya ucapkan! *sarcasm*
Ada orang cakap, "Tindakan kerajaan memalukan Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam" Sila betulkan kenyataan anda. Malaysia BUKANLAH sebuah negara ISLAM. Ini bukan aku cakap, Tunku Abdul Rahman yang cakap. Aku quote balik kata-kata beliau;
"Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam."
Tunku Abdul Rahman
Jadi, sila betulkan kenyataan anda jika anda berpendapat Malaysia adalah sebuah negara Islam. Islam hanyalah agama rasmi negara yang termaktub dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebab majoriti penduduknya beragama Islam. Yang lain bebas mengamalkan agama sendiri seperti yang termaktub dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Faham???
Sebelum ni pulak heboh dengan kes Islamic Fashion Festival yang dinaungi
Fesyen yang buka sana sini dikatakan Islamik. Hebat! Ajaran mana pulak ni??? Kalau setakat ada tulisan nama Muhammad kat baju, tu pun dieja terbalik, itu bukan Islamik, itu adalah satu penghinaan. Tapi pelik jugak tak dilaporkan oleh arus media perdana. Pro kerajaan agaknya. :)
Aku tertarik dengan kenyataan seorang ulama UMNO, "Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.
Respon??? Ok aku quote respon ni sebijik-sebijik dari tukartiub;"
"KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
woit… BETULALAAA…BETUL… TEPAT…. kah kah kah..
woit…..PEMBANGKANG NI MEMANG BUAT FITNAH…kah kah kah..
woit…. ENCIK FLEMMING ROSE DARI AKHBAR DENMARK SEMATA MATA PENGARANG AKHBAR …. kah kah kah..
kah kah kah… BUKAN ENCIK ROSE YANG LUKIS KARTON ITU… kah kah kah
woit… VINCENT TAN…. SEMATA MATA TUAN PUNYA KEDAI TOTO…. kah kah kah….
kah kah kah… VINCENT TAK PERNAH JUAL TIKET JUDI…. kah kah kah..
woit… UNCLE LIM SEMATA MATA TUAN PUNYA GENTING…. kah kah kah…
kah kah kah… UNCKE LIM TAK PERNAH MAIN DAUN PAKAU…. kah kah kah..
kah kah kah…. OBAMA SEMATA MATA PRESIDENT AMERIKA…. kah kah kah..
kah kah kah… TAK PERNAH DIA BUNUH ORANG AFGHANISTAN…. kah kah kah.."
Dan TukarTiub kata lagi bila kafir buat marah, kena batang hidung sendiri diam pulak. Haha bila aku fikir-fikir balik ada betulnya juga.
Inilah Malaysiaku yang ingin maju. Inilah realiti tanah airku. Agama rela digadaikan demi 'kemajuan'.
Malaysia oh Malaysia, masihkah ada sinar untukmu???
*Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan : Freedom of speech.
Jadi suka hati aku laa nak post mender pon. :)
4 comments:
ermmm..susah nk ckp...pe la nk jdi ngan msia ni...haishhh
sedih dengan senario sekarang.. apelaa nak jadi...
aku setuju dgn kau zahir
yea2 zuzu :)
Post a Comment