Kata-kata mak petang tadi buat aku tersentak. Aku berfikir banyak kali. Benar. Dah lama aku tak sentuh 'manual umat Islam' tu. Selama ni sibuk sangat dengan buku-buku duniawi. Belajar bagai nak rak tapi ilmu-ilmu tu takkan teman kita kat sana nanti. Buku suci ni pulak dah lama aku tak sentuh. Baca jauh sekali. Malas. Mungkin itu alasan yang paling sesuai. Sedangkan itu peneman dikala keseorangan nanti...
Aku tahu mak mengharapkan perubahan. Perubahan pada aku demi kebahagiaan masa depan. Cemerlang kat sini dan kat sana. Duniawi dan ukhrawi. Sebabnya nak bersama satu keluarga kat sana nanti.
Sejak jadi pelajar universiti, Al Quran dah lama tak baca. Bukan lupa tapi tak berkehendak, malas. Kalau masa sekolah dulu, itu rutin wajib. Setiap Maghrib, ambik Al Quran baca. Tunggu ayah balik dari masjid, lepas tu baca depan ayah. Ayah akan tegur mana yang tak kena. Sekarang berhenti terus. Astargfirullah...
Bait-bait kalam Allah tu hari-hari beralun dalam rumah aku. Setiap Subuh dan Maghrib. Ayah akan imamkan mak untuk baca ayat-ayat cinta tu. Tiap-tiap hari. Aku dengar tapi tak tergerak untuk ikut serta.
Kalau dulu, Al Quran yang ayah dan mak dapat pemberian Kerajaan Arab Saudi kepada mereka semasa pergi haji dulu ada dengan aku. Selalu tengok. Suka baca terjemahannya, tapi sekarang macam dah tak ada minat. Al Quran tu pun dah tak tau kemana.
Kata-kata mak petang tadi sangat meninggalkan kesan dihati. Aku inginkan perubahan tu. Bukan nak suruh jadi alim ulama tapi cukuplah sebagai 'ordinary Muslim'. Teringat kata-kata Ustazah Fatma Al Zahra, "Tak perlu nak jadi alim ulama untuk masuk syurga, cukuplah dengan melaksanakan perintah Allah dan tinggalkan laranganNya." Mungkinkah ada sinar selepas ni???

"Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri"
Ayat 11 dari Surah Ar Raad' tu sampai sekarang aku hafal. Perubahan itu dari kita sendiri. Nak ubah nasib pun dari kita sendiri. Dan InshaAllah perubahan itu akan berlaku... :)
Dan sebelum mengakhiri bicaranya, mak mintak kebenaran aku untuk disedekahkan Al Quran milik aku yang selalu aku baca dulu pada seorang jiran yang memerlukan. Mulianya ibuku. :)

4 comments:
a nice reminder
:) dah lama jugak tak baca Quran
dulu2 rajin jek baca al-mulk, as-sajdah, tiap2 malam
skrg dah jarang :(
terima kasih kerana mengingatkan saya juga sudah lama tidak membacanya . thanks yeah :)
yup.... dulu saya suka surah al Rahman... skg dah jrg baca :(
sama2 azza. :)
Post a Comment