Thursday, September 9, 2010

Happy Eid Mubarak!

To all Muslims around the world, I wish 
HAPPY EID MUBARAK.
To all my friends,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin


Pantun Hari Raya.Choose your own version.
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
Selangor & K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jangann dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang Besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
dicopy paste from here :)


p/s: Raya jemput datang rumah.

Tuesday, September 7, 2010

Warkah Buat Roommates

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dear My Roommates,

Apa khabar korang sumer?? Semoga sihat selalu hendaknya. :)
Aku tak de kad raya nak bagi kat korang, so this is my hari raya "card" !!!
Maaflah tak sempat nak beli, sebab terlupa ditambah dengan banyak komitmen lain lagi.
Mungkin aku cuma jadi roommates korang baru satu semester (except for Nik) tapi seriously korang roomamates yang paling best pernah aku ada.
Sebelum ni kat UIA pun aku tak rapat dengan roommates aku macam korang.
Tapi dengan korang lain, aku rasa sangat best + happy and baru dua tiga hari dah start rindu nak gaduh dengan korang. :)
So harap-harap semester depan kita dapat stay sebilik lagi walaupun sorang tu dah nak keluar. :(

Dear Nik Muhammad Syafiq,
Kita dah duduk sekali dari semester lepas, seronok sebilik dengan kau sebab banyak pengisian yang aku dapat. Tak de laa cakap-cakap kosong dan ada ilmu baru aku dapat. Al maklumlah ko kan forumer otai ILuvIslam, so memang ilmu ko lagi up sikit. Dua semester dengan kau ditambah satu kelas lagi memanglah aku rapat dengan kau, pergi mana-mana pun selalu dengan kau, so kau antara kawan terbest pernah aku ada. Lagi pun kau lagi tua dari aku, so aku hormat kau sebagai seseorang yang lagi tua dari aku. Mak aku selalu pesan macam tu. :) Sepanjang dua semester dengan kau, aku tahu mesti banyak salah dan silap yang aku buat, so aku nak ambik kesempatan ni untuk mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. So 0-0 balik yea! :) Papepun SYIAH is OKAY!

Dear Mohd Amirul,
Meon! Haha...Baru semester ni kita sebilik. Hang pulak orang yang paling kuat gelak dalam bilik, so bilik itu memang jadi meriah dengan deraian gelak tawa hang. Aku sangat happy bila tau kita dari dari daerah yang sama. Senang aku nak balik nanti. Haha.. Tak payah susah-susah nak fikir macam mana nak balik nanti. Tapi selalunya hang yang ikut aku balik. :P Papepun sempena hari raya yang bakal tiba ni, aku nak mintak maaf andai aku ada buat salah dan silap. Sorry yea. Raya nanti jemput mai rumah!

Dear Ahmad Fahmi Izzuddin,
First and foremost, thanks for the card raya! Haha tak sangka aku. Selit diam-diam dalam beg aku. Thanks Fahmi. Sayang kau! Kau pun sama, baru semester ni kita duduk sekali. aku paling suka cari pasal dengan kau. Sangat best gaduh dengan kau. Haha... Yelaa ayat-ayat best selalu keluar dari mulut ko jer. Hehe... Tapi aku pun lebih kurang jer. So Fahmi, sempena hari raya ni, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku tahu aku banyak mengata ko. Yelaa gaduh-gaduh manja, tapi andai ko terasa, aku mintak maaf yea. Aku cuma main jer, tak der niat nak mengata ke, kutuk ko ke betul-betul. 0-0 balik yea? :)

Dear Idyvino Saha,
Idy, tak sangka kan ko akan jadi roomate aku semester  ni, yelaa kita bukan rapat pun masa semester satu. Kelas pun lain-lain. aku ingat lagi kat PI bila ko datang kat aku and cakap nak duduk sebilik dengan aku. Seriously mulanya aku keberatan, yelaa aku cuma plan nak duduk dengan Nik, Fahmi and Meon jer, tapi ko pulak nak join sekali, so atas dasar 'kemanusiaan' aku pergi bincang dengan diorang dan kami sumer ok jer! Tapi sangat best jadi roomate ko, rajin beli makanan sahur aku. :) Selalu gak gaduh dengan ko, jadi aku mintak maaf banyak-banyak yea. 0-0 balik yea! Lagi satu, jangan pengsan lagi dalam bilik! Kau menakutkan aku! :)

InsyaAllah semester depan kita akan duduk bersama lagi... tapi akan ada sorang yang dah nak kuar UiTM...

Dear Mohd Akram,
Ok aku nak buat pengakuan kat sini, masa semester satu, aku tak kenal ko, tapi aku suka kutuk ko, sebab beg ko yang macam armadillo? tenggiling? kumbang? tu. Hahaha. Ironiknya semester dua ko jadi roomate aku! Masa Idy mula-mula bawa masuk ko dalam bilik, aku akui aku tak suka, yelaa plan nak duduk 4 orang, tapi dah jadi 6 orang pulak! Tapi lepas kenal ko sumer ok! Benarlah kata orang, "Tak kenal maka tak cinta, dah kenal rupanya kuat mengata" Nah amik ko! Hahaha... Terima kasih sebab selalu belikan makanan sahur aku. Dan mintak maaf banyak-banyak andai aku terkasar bahasa dan sebagainya. Good luck nanti dan semoga kita jumpa lagi. All da best to you! But one thing for sure, bilik tu akan sedikit kurang serinya tanpa kau nanti.
Akhir kata
Saya Mohd Zahir ingin memohon maaf seandainya saya banyak buat salah pada anda semua.

Sorry for being annoying sometimes,
Sorry sebab suka buat bising dalam bilik,
Sorry suka kacau korang study,
Sorry paksa korang belikan sahur,
Sorry for everything...

Aku akan rindu saat

Bergelak ketawa dengan korang,
Kacau korang,
Kejutkan korang sahur,
Berbuka bersama korang,
Dan semua saat bersama korang.

Macam Idy cakap kat status dia, "When you care too much about someone, you know you will never able to leave them alone" tapi setiap PERTEMUAN itu pasti ada PERPISAHAN. Tapi InsyaAllah sem depan ada lagi cuma bye-bye untuk Akram jelaaa.




You guys best roommates ever!!!

Thanks for everything.... Good luck untuk final exam nanti. LOVE YOU GUYS !!!


p/s: Maaf jikalau entri ini agak emo. LOL :)

Monday, September 6, 2010

Farewell Semester 2

Saat entri ni ditype, I was home! Yes, dah balik rumah. Berada dirumah bersama keluarga yang tersayang adalah yang terbaik, not to forget

Happy Birthday to my MOM (5/9)
Happy Birthday to my DAD (30/08)

and last but not least

Happy Birthday to my NEPHEW Airiel Aiman (3/9)

LOVE YOU GUYS SOOO MUCH!!!

Sekarang bersama famili untuk menyambut lebaran yang bakal tiba, tinggal lagi beberapa hari. Tak sabar rasanya. Tapi baju raya masih belum beli :( Tapi tak pe, masih ada masa. My problem now is color apa this year hah???? *thinking*

Sampai dirumah petang semalam, dijemput abang dan adik, pulang bersama roomate yang datang dari satu daerah. Sebelum nak balik ada satu tugasan yang perlu disiapkan. 

FORUM CRITICAL THINKING

Yeah! Malam tak tidur, lepas sahur tak tidur, semuanya sebab nak siapakan teks dan portfolio Critical Thinking, azab weh! Memang kritikal! Pagi tu pulak ada presentation BEL 260 pasal hobi, satu grup dengan Nessa dan Fahmi. Hobi mengenai INTERIOR DESIGN. Hahaha macam aku minat! Belasah jer, sebab fokus pada forum sahaja sebab markah assesment tu banyak. When BEL 260 ended,  I thought Crtitical Thinking class were going to start at 12.00pm but the assistant class rep told the class gonna start at 10.00am! Gosh! Portfolio belum siap dan masih belum diprint! Berlari ke Perpustakaan Sultan Badlishah untuk siapakan portfolio and print. Bila sampai, ada segerombolan manusia kat kedai print tu. Oh my! Oh my! I dead! So I started by finishing my portfolio....tiba-tiba, datang Presiden Pre LAW Club, Cik Nurshahidda Muzammil bertanya, "Mana rekod discussion korang???" What record??? T__T Ok I am totally dead! Ida cakap dia tak ada soft copy untuk record tu and guess what??? I had to do it on my own! Tapi Alhamdulillah akhirnya siap jugak! Thank GOD!!! Saat dah siap orang pun dah tak ramai, pergi print portfolio tu, compile sekali dengan ahli group then pergi binding. Siap!!!
Berlari laju mencari kelas C22! Kami lewat 1 jam ke kelas Ms Ho! 11 am and it was supposed to be our turn! Lari!!!!!!!! Bila sampai, thanked God, group nombor 2 masih belum habis present. Alhamdulillah~ Actually I wasn't feeling well yesterday.I was 'batuk-batuk' during my forum presentation. Hah dah tak peduli tu semua, dalam kepala asyik fikir nak balik rumah nak RAYA! RAYA! RAYA! Bila group last habis diorang punya forum, Alhamdulillah, maka berAKHIRlah semester ke 2.
After Forum BEL 313







Yang pasti semester semester ke 2 meninggalkan banyak kenangan! Suka, duka, gurau, senda, tawa, ria! But one thing for sure I AM NOT GONNA MISS YOU SEMESTER 2! And I wish all the best to all my friends for the final exam after Eid Mubarak! :D

Friday, September 3, 2010

Flu : Please Go Away

Selsema...
Selalu sangat kena, selalunya dah imun, tak kisah sangat, tapi hari ni macam sangat teruk. Tak pernah seteruk ni sebelum ni. Ubat yang Nik bagi dah makan tapi macam tak jadi pape pun. Ahad ni pulak ada forum presentation untuk Critical Thinking. 

My Lord, endow me with strength. :(

Wednesday, September 1, 2010

Kemalangan Depan Mata

 Hari ni first time sejak 19 tahun hidup saya tengok kemalangan terjadi depan mata.
Saya boleh tengok bagaimana lajunya kereta tersebut,
Saya boleh tengok bagaimana kereta tu melanggar motosikal tersebut,
Saya boleh tengok bagaimana pelajar tu terpelanting,
Saya boleh tengok bagaimana motosikal tu berkecai,
Saya boleh bau kesan brek kereta tersebut.
Tapi saya nampak pelajar tu masih bergerak. Sikit.
 Semoga pelajar tersebut selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...