Tuesday, September 7, 2010

Warkah Buat Roommates

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dear My Roommates,

Apa khabar korang sumer?? Semoga sihat selalu hendaknya. :)
Aku tak de kad raya nak bagi kat korang, so this is my hari raya "card" !!!
Maaflah tak sempat nak beli, sebab terlupa ditambah dengan banyak komitmen lain lagi.
Mungkin aku cuma jadi roommates korang baru satu semester (except for Nik) tapi seriously korang roomamates yang paling best pernah aku ada.
Sebelum ni kat UIA pun aku tak rapat dengan roommates aku macam korang.
Tapi dengan korang lain, aku rasa sangat best + happy and baru dua tiga hari dah start rindu nak gaduh dengan korang. :)
So harap-harap semester depan kita dapat stay sebilik lagi walaupun sorang tu dah nak keluar. :(

Dear Nik Muhammad Syafiq,
Kita dah duduk sekali dari semester lepas, seronok sebilik dengan kau sebab banyak pengisian yang aku dapat. Tak de laa cakap-cakap kosong dan ada ilmu baru aku dapat. Al maklumlah ko kan forumer otai ILuvIslam, so memang ilmu ko lagi up sikit. Dua semester dengan kau ditambah satu kelas lagi memanglah aku rapat dengan kau, pergi mana-mana pun selalu dengan kau, so kau antara kawan terbest pernah aku ada. Lagi pun kau lagi tua dari aku, so aku hormat kau sebagai seseorang yang lagi tua dari aku. Mak aku selalu pesan macam tu. :) Sepanjang dua semester dengan kau, aku tahu mesti banyak salah dan silap yang aku buat, so aku nak ambik kesempatan ni untuk mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. So 0-0 balik yea! :) Papepun SYIAH is OKAY!

Dear Mohd Amirul,
Meon! Haha...Baru semester ni kita sebilik. Hang pulak orang yang paling kuat gelak dalam bilik, so bilik itu memang jadi meriah dengan deraian gelak tawa hang. Aku sangat happy bila tau kita dari dari daerah yang sama. Senang aku nak balik nanti. Haha.. Tak payah susah-susah nak fikir macam mana nak balik nanti. Tapi selalunya hang yang ikut aku balik. :P Papepun sempena hari raya yang bakal tiba ni, aku nak mintak maaf andai aku ada buat salah dan silap. Sorry yea. Raya nanti jemput mai rumah!

Dear Ahmad Fahmi Izzuddin,
First and foremost, thanks for the card raya! Haha tak sangka aku. Selit diam-diam dalam beg aku. Thanks Fahmi. Sayang kau! Kau pun sama, baru semester ni kita duduk sekali. aku paling suka cari pasal dengan kau. Sangat best gaduh dengan kau. Haha... Yelaa ayat-ayat best selalu keluar dari mulut ko jer. Hehe... Tapi aku pun lebih kurang jer. So Fahmi, sempena hari raya ni, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku tahu aku banyak mengata ko. Yelaa gaduh-gaduh manja, tapi andai ko terasa, aku mintak maaf yea. Aku cuma main jer, tak der niat nak mengata ke, kutuk ko ke betul-betul. 0-0 balik yea? :)

Dear Idyvino Saha,
Idy, tak sangka kan ko akan jadi roomate aku semester  ni, yelaa kita bukan rapat pun masa semester satu. Kelas pun lain-lain. aku ingat lagi kat PI bila ko datang kat aku and cakap nak duduk sebilik dengan aku. Seriously mulanya aku keberatan, yelaa aku cuma plan nak duduk dengan Nik, Fahmi and Meon jer, tapi ko pulak nak join sekali, so atas dasar 'kemanusiaan' aku pergi bincang dengan diorang dan kami sumer ok jer! Tapi sangat best jadi roomate ko, rajin beli makanan sahur aku. :) Selalu gak gaduh dengan ko, jadi aku mintak maaf banyak-banyak yea. 0-0 balik yea! Lagi satu, jangan pengsan lagi dalam bilik! Kau menakutkan aku! :)

InsyaAllah semester depan kita akan duduk bersama lagi... tapi akan ada sorang yang dah nak kuar UiTM...

Dear Mohd Akram,
Ok aku nak buat pengakuan kat sini, masa semester satu, aku tak kenal ko, tapi aku suka kutuk ko, sebab beg ko yang macam armadillo? tenggiling? kumbang? tu. Hahaha. Ironiknya semester dua ko jadi roomate aku! Masa Idy mula-mula bawa masuk ko dalam bilik, aku akui aku tak suka, yelaa plan nak duduk 4 orang, tapi dah jadi 6 orang pulak! Tapi lepas kenal ko sumer ok! Benarlah kata orang, "Tak kenal maka tak cinta, dah kenal rupanya kuat mengata" Nah amik ko! Hahaha... Terima kasih sebab selalu belikan makanan sahur aku. Dan mintak maaf banyak-banyak andai aku terkasar bahasa dan sebagainya. Good luck nanti dan semoga kita jumpa lagi. All da best to you! But one thing for sure, bilik tu akan sedikit kurang serinya tanpa kau nanti.
Akhir kata
Saya Mohd Zahir ingin memohon maaf seandainya saya banyak buat salah pada anda semua.

Sorry for being annoying sometimes,
Sorry sebab suka buat bising dalam bilik,
Sorry suka kacau korang study,
Sorry paksa korang belikan sahur,
Sorry for everything...

Aku akan rindu saat

Bergelak ketawa dengan korang,
Kacau korang,
Kejutkan korang sahur,
Berbuka bersama korang,
Dan semua saat bersama korang.

Macam Idy cakap kat status dia, "When you care too much about someone, you know you will never able to leave them alone" tapi setiap PERTEMUAN itu pasti ada PERPISAHAN. Tapi InsyaAllah sem depan ada lagi cuma bye-bye untuk Akram jelaaa.




You guys best roommates ever!!!

Thanks for everything.... Good luck untuk final exam nanti. LOVE YOU GUYS !!!


p/s: Maaf jikalau entri ini agak emo. LOL :)

11 comments:

kuma said...

aku ni zahir?xde ucapan ke untuk ak?

zuzubolox said...

swett gila !

zuzubolox said...

sweet gila !

Fariz Razali said...

hehe.. follow aku pulak.. baru adil dan saksama...
http://fariziliofernando.blogspot.com/

zahier said...

amir: ni utk rumate jer. hahaha,, nnt aku wish kat fb yea. :)

zuzu: :)

fariz: ok

Anonymous said...

serius sgt sweet n sure bt rumates km0o sgt t'haru.. cngrte :)pertemuan akn jd sgt b'nilai ble dah knal hati budi n perangai msing2 ;D

Ninja Jepang said...

Wah.. terharu2..

thanx zahier... :-)

Aku pun mintak maaf gak kalau ada terbahan ko selalu.. termengumpat ko di belakang..

selamat hari raya, maaf Z & B..

0-0 balik... hehehe

Syiah is Ok.. Haha

Mohd Amirul said...

hahaha,...thanks zahir,....sytg ang lbih,...hahaha,...muah,...muah,...

Idy Saha said...

Sweet love to u zahir. =)

Suka entri ni.
Muah muah muah~

P/S: Kiranya korg dah xhalau ak dri jadi roomate korg utk next sem lah yer? huhu

Seema_Suraya said...

kelakar je bace post ko ni..
pepon ko sempoi la zahir !!! haha..

SHAR said...

sayunya.. haha.. bawu datang melawat.. terlambat meninggalkan tapak jari... memang roomate sayang ko rr zahek.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...