Friday, January 21, 2011

Pertahankan Amanah!

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki. Ada 5 teka-teki tapi aku berminat untuk highlightkan satu sahaja. Teka-teki itu berbunyi begini.

       Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
       Murid 1 : Baja
       Murid 2 : Besi
       Murid 3 : Gajah
       Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

Rujuk pula manual umat Islam ini dari Surah Al Ahzab ayat 72.

"Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant."

Baca pula sirah Rasulullah ini.
Pada suatu hari ketika sedang berkecamuk Perang Uhud, Rasulullah
mengangkat pedang, lalu bersabda kepada para sahabat yang ada waktu itu,
"Siapakah di antara kalian yang mau menerima dan menggunakan pedang
ini?"

Para sahabat hampir semua mengulurkan tangannya seraya berkata, "Saya,
saya," sahut mereka.

Melihat reaksi para sahabat demikian kemudian Rasulullah bersabda lagi
dengan suara agak tinggi, "Siapakah di antara kalian yang mau menerima
dan menggunakan pedang ini dengan penuh tanggung jawab?"

Kerana disertai dengan kata-kata tanggung jawab, untuk beberapa saattidak ada yang menjawab. Akan tetapi, tidak terlalu lama, kemudian Abu
Dujanah salah seorang di antara mereka yang duduk cukup jauh dari
baginda Rasul, berteriak sambil berkata, "Wahai utusan Allah insya Allah
saya mahu menerimanya dengan penuh tanggung jawab".
------------
----------------------------
-----------

Teka teki, ayat Al Quran dan Sirah diatas merujuk kepada AMANAH. Bagi yang belum faham apa itu amanah, ia adalah TANGGUNGJAWAB. Beban yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya. Tapi apabila amanah itu dikhianati, orang yang memegang amanah itu dianggap munafik. Ada tiga tanda munafik ; Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati. Fokuskan pada tanda terakhir. Agak-agak tempat orang munafik kat mana???

Imam Al Ghazali pun sendiri kata AMANAH itu berat kat dunia ni hatta gunung dengan bukit pun tak sanggup terima. Tapi manusia kata ya, mereka sanggup terima tapi apa mereka buat? Khianat! Tengok hujung ayat surah Al Ahzab tu, "He was unjust and ignorant" tapi apabila ada manusia yang tak nak jadi 'unjust' dan 'ignorant' tu dia kemudian dianggap jahat, dayus dan bersalah. Faham tak?

Ok aku bagi satu situasi, pada suatu hari aku telah diamanahkan oleh si A untuk jaga satu barang, tiba-tiba si B (perempuan) mintak, aku tak bagi sebab ini barang si A, kemudian si B cakap aku kedekut. Aku cuba jelaskan yang ini adalah hak orang lain, orang lain punya! Dalam nada yang lebih tinggi agar si B faham. Ini adalah hak si A dan aku telah diamanahkan untuk menjaganya. Tak kiralah walau si A tu kawan rapat si B sekalipun sebab kita bercakap tentang amanah. Kalau nak, tunggu aku serahkan pada si A dulu, kemudian bolehlah mintak pada tuannya sendiri.

Tapi tak semena-mena si B menangis kerana mengatakan aku marah padanya walaupun niat sebenar aku untuk menjelaskan yang barang ini adalah hak orang lain. Dan ada jugak umat Muhammad yang lain berada disitu. Tanpa mengetahui apa yang berlaku, aku dituduh dayus dan dianggap bersalah kerana membuatkan si B menangis. 

Oh manusia, cepatnya kau menghukum!

Dan aku MINTA MAAF kerana nada aku membuatkan si B menangis tapi aku sama sekali tidak akan memohon maaf kerana mempertahankan AMANAH. Kalau disuruh pilih antara AMANAH atau HATI & PERASAAN seorang teman, tanpa RAGU-RAGU, aku pilih AMANAH! Sebab bukan kau nak tolong aku jawab depan ALLAH nanti. Jadi MAAF kalau nada aku agak kuat kerana mempertahankan AMANAH orang tapi ingat aku bukan MARAH. :)




Believe me on one thing; 
KALAU AKU MARAH, NADA AKU LEBIH KUAT DAN PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT AKU JAUH LEBIH BERBISA! :)


7 comments:

fatin zulkifli said...

okay, i like.

the notakaki is true. bila kita marah, kita sendiri tak sedar bisa mulut kita (:

achik said...

semoga kepada y berkenaan faham..

zahier said...

fatin: aah selalunya begitulah.

dayah: harap2 fahamlah si fulan tersebut.

Anonymous said...

antara amanah dan menjaga hati seorang teman awk pilih amanah?
kalau awk x jaga hati dan perasaan teman awk maknanya awk da x menjaga hubungan awk sesama manusia
cmne tu ye en. zahier??

zahier said...

Dear Anonymous : Saya ingin bertanya kembali kpd anda, ada berapa pilihan disitu??? 2 pilihan kan??? Dan antara kedua pilihan tu, saya nak tanya lagi, mana paling berat???? Sebab tu saya mulakan post ini dgn teka-teki Imam Al Ghazali, ayat dari Surah Al Ahzab dan Sirah Rasulullah utk tunjukkan betapa beratnya amanah tu. Mestilah saya akan menjaga yg plg berat krna saya yg akan dipertanggungjwbkan nanti. faham x?? :)

Ain Marhan Muhamad said...

-KALAU AKU MARAH, NADA AKU LEBIH KUAT DAN PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT AKU JAUH LEBIH BERBISA! :) -

wuuuuuuuuuu...

zahier said...

ain: it always like that kan... Bila kita marah, bukannya kita sedar kita ckp apa kan??? Usually i will curse kalau dah mmg marah btul2. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...