Hari ini dah masuk 15 Ramadhan 1431, dah pertengahan Ramadhan, maksudnya ada lagi 15 hari sebelum Ramadhan pergi. Tapi mungkin ramai jugak yang berharap agar Ramadhan cepat berlalu kerana tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri. Sepanjang Ramadhan ini saya tidak pernah meninggalkan sahur. Bagi saya sahur itu wajib kerana tanpa sahur, saya akan berasa letih, penat, tak bertenaga dan sebagainya. Dan yang paling penting sahur mesti ada nasi! Kenapa??? Rasanya nasi yang membekalkan banyak tenaga ketika berpuasa, tanpa nasi badan akan rasa lemah bermaya. Itu saya, anda mungkin lain ceritanya. :) Kalau makan lain, mungkin akan masih tersa lapar ketika berpuasa dan selalunya saya akan sakit perut kalau bersahur selain dari nasi. Stok mee segera dalam bilik ni langsung tak pernah disentuh ketika Ramadhan, takut lain cerita pulak jadinya.
Sebagai seorang pelajar, selalunya saya akan bangun seawal 5 pagi dan selalunya jugak orang yang "bertanggungjawab" untuk mengejutkan roommates tersayang. Dan menjadi kelaziman untuk menjamah nasi ketika sahur. Nasi pulak dibeli oleh roommate tersayang yang sangat rajin ke food court tengah-tengah malam. Jadi disini saya ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Idy dan Akram yang sangat rajin itu. Haha.
Tapi, apakan daya, semalam tidak ada yang ke food court, jadi maksudnya tiada nasi untuk sahur. TIDAK! Mampukah saya bertahan? Bangun pada pukul 5 pagi, pergi basuh muka dan menjamah beberapa keping biskut beserta dua gelas air. Harap-harap dapat bertahan sampai berbuka nanti. InsyaAllah. :)
Kenapa perlu sahur???
- Melalui sahur inilah tenaga dibekalkan untuk badan untuk digunakan sepanjang hari. Kalau tak ambil sahur ni, badan lemah pulak nanti.
- Penting untuk simpanan tenaga untuk aktiviti pada waktu siang.
- Ada juga yang sebenarnya sanggup tak sahur, sebab time nilah juga nak cepat turunkan badan. Maka, depa pilih untuk tak sahur. Minum saja. Kalau tak makan, orang tu akan menjadi hiplogikimia di mana paras gula akan menurun. Ini akan menyebabkan rasa mengantuk, badan menjadi lesu, letih dan mengantuk. Silap-silap boleh naik paras darah.. cepat marah.
- Penekanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah sangat baik dan telah dibuktikan melalui kajian sains.
- Menurut pendekatan sains, sahur ni menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam tempoh 24 jam adalah sarapan pagi.
- Kajian mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan berisiko untuk mendapat kencing manis, menjadi gemuk dan sakit jantung.
- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma" tapi sayangnya Yusuf Taiyoob dah habis. :(
No comments:
Post a Comment