Monday, March 28, 2011

"Kalau Sayang, Bagi Orang." (Mak, 2011)

Gambar sekadar hiasan.
 
I learned a very valuable lesson today. Pagi ni, aku bangun awal. Tengok ibu dan ayah kat luar buat kerja gardening diorang. Ayah angkut tanah, ibu isi tanah dan tanam pokok dalam pasu. Selepas siap buat prektis READING MUET, aku keluar untuk menolong ayah. Mengangkut tanah. Itu rutin harian ibu dan ayah. Hobi  mereka. Rumah aku pun dah kelihatan seperti Taman Botani! Penuh dengan pokok-pokok bunga! Dibelakang rumah pula, kebun sayur-sayurannya.

Tapi pokok yang ibu ayah aku tanam kali ini bukan untuk hiasan rumah aku, tapi untuk orang lain. Ibu dan ayah kelihatan sungguh gigih ketika melakukan kerja mereka. Mereka insan yang hebat! Saya berbangga menjadi anak mereka.

Ceritanya bermula apabila ibu dan ayah pergi ke rumah sepupu aku minggu lepas. Ibu lihat ada 3 buah pasu kosong yang besar tetapi tidak ada pokok didalamnya. Sepupu aku mungkin tidak ada idea pokok apa yang sesuai ditanam dalam pasu tersebut. Malah aku agak mungkin mereka sibuk dengan tugas harian mereka, almaklumlah sepupu aku tu pemilik kedai minyak Caltex, boleh dikira sebagai orang kaya di kampung aku ni, jadi mungkin tiada masa untuk uruskan itu semua. Ibu aku pulang ke rumah dan mencari tiga pokok bunga lalu dibawa ke rumah sepupu aku dan ibu aku sendiri yang menanamnya.

"Berapa mak mintak?"
"Mak sedekah je"

Itulah ibu aku, seorang yang terlalu baik, terlalu mulia. Tangan ibu seolah-oleh mempunyai sentuhan ajaib, tanamlah apa saja, pasti akan menjadi. Pokok akan tumbuh mekar. Cantik. Menyedari hakikat itu, sepupu aku membeli 22 buah pasu dan semuanya dihantar ke rumah aku. Pelbagai bentuk dan corak. Mereka meminta ibu dan ayah aku untuk menanamnya. Pokok apa tidak kisah. Mereka percayakan ibu aku.

"Mak ambik jelaa pokok-pokok yang lama letak dalam pasu tu."
"Depa dah percaya kat kita mana boleh buat macam tu, amanah tu."

Pasu-pasu yang sudah siap diisi dengan tanah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik. Sangat cantik. Ibu ambik pokok-pokok yang terbaik dari tempat semaiannya. Tinggal lagi beberapa pasu yang perlu diisi.

"Pasu ni mak nak isi pokok bongsai, mak sayang pokok bongsai tu."
"Kalau sayang tak payah laa bagi, yang sayang simpan laa!"
"Mana boleh, dalam Islam, benda yang paling kita sayang laa kita kena bagi dekat orang.
"

Aku kematian hujah. Benar, Rasulullah pernah mengatakan bahawa pemberian yang paling sempurna sebenarnya adalah benda yang paling kita sayangi. Mengakhiri kerjanya, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke tapak penjualan pokok bunga untuk  mencari pokok yang terbaik untuk sepupuku. :)

MEREKA INSAN MULIA!


Sunday, March 20, 2011

Kisah Merbok Bermula... (Bahagian I)

Semalam 19 Mac 2011 bersamaan hari Sabtu, aku meninggalkan bumi Merbok.Selepas selesai final paper, Ekonomi pada hari Jumaat pukul 10.30 pagi, hanya perkataan ALHAMDULILLAH yang terngiang-ngiang dimulutku. Akhirnya aku berjaya menamatkan program ASASI UNDANG-UNDANG PI005 2009-2011 di UiTM Merbok, Kedah. 


Kini aku kembali ke pangkuan keluarga, ke pangkuan ibu dan ayah sebelum kembali sambung belajar. 6 bulan cuti. Satu tempoh yang cukup lama sebelum aku menyambung ijazah. Yang masih menjadi tanda tanya adalah ijazah yang bakal aku sambung. Masa depan yang masih kabur namun hati ini tak pernah berhenti berdoa, berharap dan memohon agar impian yang selama ini tersemat didada menjadi kenyataan. 
Itu impian!
itu harapan! 
Oh Tuhan, tolong kabulkan!

......

Menyoroti kisah lalu bagaimana aku boleh belajar di UiTM Kedah menggamit rindu pada satu tempat. Tempat menimba ilmu yang hati ini selalu meronta untuk pergi. Ketika mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku merenung nasib. Memikirkan apa yang tertulis di Luhil Mahfuz untuk aku. Keputusan yang sekadar OK membataskan pilihan jurusan yang dipilih tetapi masih layak untuk menyambung pada jurusan yang menjadi minat selama ini. UNDANG-UNDANG.

Tetapi sayangnya ditegah ibu dan ayah. Undang-undang itu dianggap sebagai sesuatu yang 'berdosa' jika ditimba ilmunya. Begitulah persepsi setiap orang yang memandang serong pada jurusan ini. Tapi tegahan ibu dan ayah ada asasnya. Mereka bukan berniat untuk menghalang minat anak yang satu ini tetapi risau anak lelakinya ini tidak mampu berjawab ketika berdepan Sang Maha Pencipta kelak. 'Abang sayang mak dan ayah!' :) 
Aku akur pada tegahan mereka. Jauh sekali untuk membelakangi kata-kata mereka, tidak mahu menjadi anak derhaka! Kata-kata mereka ibarat satu 'arahan wajib' yang perlu aku patuhi walaupun lembut ketika pertuturannya.

Masih tercari-cari jurusan pilihan hati setelah undang-undang di'haram'kan. Kebetulan aku ada meminjam brochure CFS IIUM dari seorang kawan. Dibawa balik ke rumah dan diteliti satu-satu jurusan yang ditawarkan. Mata hanya tertumpu pada Asasi Undang-Undang UIAM manakala jurusan lain bukanlah pilihan. Kemudian diteliti pula abang yang sulung! Dia perasan keputusan SPM aku memenuhi kriteria yang diperlukan untuk Asasi Kejuruteraan UIAM. Fizik, Matematik Tambahan dan Kimia lagi??? Dah laa result masa kat sekolah menengah dulu pun nyawa-nyawa ikan jer.Aku tak membantah. Ibu dan ayah memberikan restu. 
Asasi Kejuruteraan akhirnya menjadi pilihan pertama dalam UPU, kemudian disusuli dengan Asasi Undang-Undang UIAM, Asasi Undang-Undang UiTM etc etc etc. Hati kecil ini berdoa agar aku mendapat pilihan kedua atau pilihan ketiga tapi nampaknya lain yang diaturkan Allah untuk aku...

to be continued...



Saturday, March 12, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, aku akhirnya mendapat kembali rentak. Allah, sungguh rahmat-Mu begitu luas. Sejenak di surau pada waktu dinihari sambil bersujud dan berdoa dengan penuh pengharapan, seolah-olah dicampak ketenangan di dalam hati. Alhamdulillah, aku mampu tersenyum sekarang. Terima kasih ya Allah!


Elisa Farhana Zainol, terima kasih kerana membekalkan aku dengan hadith Qudsi ini. Ini sumber kekuatan aku. Terima kasih!
"Mengapa ia berharap kepada selain AKU, ketika dirinya sedang dalam kesulitan, padahal sesungguhnya kesulitan itu berada ditangan KU. 
Dan hanya AKU yang dapat menyingkirkan nya! 
Mengapa ia berharap kepada selain AKU dengan mengetuk pintu-pintu lain, padahal pintu-pintu itu tertutup! 
Padahal, hanya pintu KU yang terbuka bagi siapapun yang berdo’a memohon pertolongan dari KU. 
Siapakah yang pernah mengharapkan AKU untuk menghalau kesulitannya lalu AKU kecewakan? 
Siapakah yang pernah mengharapkan AKU karena dosa-dosanya yang besar, lalu AKU putuskan harapannya? 
Siapakah pula yang pernah mengetuk pintu KU lalu tidak AKU bukakan? 
AKU telah mengadakan hubungan yang langsung antara AKU dengan angan-angan dan harapan seluruh makhluk KU. 
Akan tetapi, mengapa mereka malah bersandar kepada selain AKU? 
AKU telah menyediakan semua harapan hamba-hamba KU, tetapi mengapa mereka putus asa & tidak puas dengan perlindungan KU?"

Benar, hadith qudsi diatas boleh menjadi harapan dan sumber kekuatan. :)

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan sahabat-sahabatku...
"WAHAI TUHANKU KURNIAKANLAH KAMI FAHAMAN NABI-NABI DAN HAFALAN PARA RASUL SERTA MENDAPAT ILHAM DARI PARA MALAIKAT YANG HAMPIR DENGAN-MU, JUGA KURNIAKAN KAMI KESIHATAN WAHAI TUHAN YANG AMAT PENGASIH.

YA ALLAH KAMI MEMOHON KEJAYAAN DALAM SETIAP KETENTUAN, TEMPAT PARA SYUHADAH DAN KEHIDUPAN ORANG-ORANG BAHAGIA SERTA KEMENANGAN MENGATASI.

YA ALLAH JADIKAN DALAM HATI NUR KECERDIKAN DAN DALAM PENDENGARAN NUR DAN DALAM PENGLIHATAN NUR DAN JADILAH  KAMI MEMILIKI NUR.

YA ALLAH TIADA PERKARA YANG MUDAH MELAINKAN APA YANG ENGKAU JADIKAN MUDAH, ENGKAU BERIKAN KUASA MENUKARKAN PERKARA YANG SUSAH AGAR MENJADI SENANG."

Dear roommates
(Akram, Idy, Fahmi, Amirul and Nik)

classmates
(PL3C)

batchmates
(Part 3)

coursemates
(Prelawrians)

Your names will always be in my prayer!

Biltaufiq wannajah fil imtihan ya sadiqi!

Friday, March 11, 2011

Am I Exist?

I am at the weakest point of my life. I am vulnerable, yes I really am. I cried today, which I never did before. My heart is bleeding. I need someone to talk to, to share my prolems, to express everyting. But here, I have no one and I don't think people around me realise about my existence. Bestfriend? None. It's hard to find someone who can really appreciate you, to be your favourite hello and hardest good bye.

Two persons tried to convince me that people around me do realize I am exist.
"When it hurts to look back, and you are afraid to look ahead, you can look beside you...and your bestfriend will be there.. Try to be strong Mohd Zahir. InsyaAllah, everything is gonna be find."

I read this message many times, and I ask myself, "Who is beside me?" "Is he my bestfriend?" "If yes, then who is he?" This questions keep wondering in my mind and I don't have the answers to all questions.

The second message did motivate me.
"They (people around me)  are aware of your existance, Zahier. Kalau tak, yang sebelum-sebelum ni apa? Kan? Macam ni lah, you tried everything, seikhlas hati, if they are your friends, yes, they will be. But let say the outcomes are negative, meaning God is keeping you for someone else whom will appreciate you better. Tapi tak salah untuk terus mencuba and pray for it? Buat baik tu tak salah kan?"

Thank you to both sender of the messages. 
I really appreciate it. 
And to the first sender, sorry you had to listen I cried. 


Allah, endow me with strength. I need you, my Lord. :(


The Tears

Aku jarang menangis, tapi hari ini air mata tak terbendung lagi. Saat khatib sedang membaca khutbah, air mata mengalir keluar. Di hadapan orang ramai, aku menangis, aku dah tak kisah apa yang orang fikirkan.
Hati ini sangat pedih. Sakit, sangat sakit. Hanya Allah yang tahu. Banyak perkara yang aku fikirkan, banyak persoalan yang bermain di fikiran. Allah!!!

Perasaan itu cuba untuk tidak aku layan, ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Peperiksaan akhir semester. Tapi kerana 'sakit' yang tak tertahan, hilang segala fokus dan perhatian. Hati makin merintih, mengeluh seolah-olah tak redha dengan ketentuan Tuhan. Astargfirullah...

Aku perlu bertahan. Hanya seminggu sahaja lagi sebelum semua ini menjadi kenangan. Kenangan pahit yang bakal dilupakan. Allah, kurniakan aku dengan kekuatan, berikan aku ketabahan, titipkan aku dengan kecekalan agar dapat aku lalui semua ini dengan penuh kesabaran!

Permudahkan urusanku ya Allah, hamba-Mu  memohon pertolongan. :'(



Monday, March 7, 2011

The End of Part 3 and Pre Law

Lama tidak mencoret disini. Blog dah berhabuk bersawang. Malas nak update. Ada jer banyak benda nak di'story'kan tapi assignments sendiri pun tak tertaip, nak menaip kat sini lagilah malas. Kalau malas tu dah menguasai diri, apa kerja pun tak jadi. Makan, tidur, online. Nikmat dunia. Tapi bukan sebab 100% malas, ada komitmen lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan. Dah nama pun pelajar, so biasalah! Assignments mestilah banyak, tambah-tambah aku yang dah akhir semester kat UiTM Merbok, Kedah ni sebagai pelajar Asasi Undang-Undang.

Bercakap pasal akhir semester, pada hari Khamis, bersamaan 3 Mac 2011 jam 11.00pagi selepas kelas Introduction to Law III Madam Rosnelim, maka tamatlah sudah kuliah Asasi Undang-Undang UiTM. Alhamdulillah, selepas habis sahaja presentation terakhir dalam kelas tu, terasa kurang sedikit beban yang ditanggung. Selepas kelas bersurai, terus berlari ke Perpustakaan Sultan Badlishah untuk print assignment terakhir, BEL 342 walaupun ada sedikit masalah ketika ingin mem'print'nya. Tatkala sudah dihantar ke bilik lecturer, diri ini hanya mampu mengucap kalimah Alhamdulillah. Akhirnya perjuangan sebagai pelajar Asasi Undang-Undang selesai. Hanya menunggu waktu untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 14 Mac 2011 dan berakhir pada 18 Mac 2011 ini. 


Sepanjang blog ini tidak diupdate, ada beberapa event besar dijayakan. Antaranya LAW FIESTA. Aku bertindak sebagai Head of Departmen of Exhibition. Besar dugaannya, berat cabarannya. Tapi apabila sudah diamanahkan untuk kerja tersebut oleh Ketua Projek, aku akur. Amanah itu perlu dipikul. Aku dibantu oleh 3 orang komiti, atau lebih tepat lagi tiga orang superwoman. Mereka wanita tapi mereka hebat. Nabila Abdullah yang paling banyak membantu. Mengangkat partition yang berat-berat untuk disusun sementara komiti-komiti lelaki dari department lain sedang tidur. Nurhashimah Hashim dan Nurul Hazwani Zulkifli. Ini juga dua orang superwoman dari department aku. Walaupun berbadan kecil dan demam, tetapi dengan kudrat yang kecil itu, bantuan turut dihulurkan. TERIMA KASIH dan aku mohon MAAF kerana menyusahkan korang semua. DEMI ALLAH, aku rasa bersalah. Bie, Wanie, aku nampak korang menangis sebab penat tapi korang tak tunjuk kat aku, aku rasa bersalah dan aku mintak maaf.

Insan-insan hebat Dept of Exhibition

Turut membantu adalah Azleena Khairuddin, bukan dari department aku tapi merupakan salah seorang Exco Tertinggi LAW FIESTA. Leen ditugaskan untuk menjaga bahagian pameran tapi kudratnya digunakan untuk membantu aku. Malah kadang-kadang lebih awal tiba dari aku untuk mengangkat partition-partition pameran. Leen, kau hebat!

Semua sekali 9 pameran. Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Pre Law  Club, Kelab Fotografi, Majlis Sekretariat dan 5 pertandingan pameran dari Prelawrian Part 2. Pemenangnya dari kelas gabungan A dan B yang bertanggjawab untuk menjayakan pameran berkenaan Pulau Batu Putih. Tahniah kepada presenternya! :)

Walaupun penat, aku puas hati, pameran berjaya! 
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya!


Oh lupa nak cakap, semalam aku baru blik dari Titi Hayun dan The Carnival. I had a blast with my classmates! Thank you guys for such a beautiful memories! Love you guys till the end!

Till then, akan diupdate lagi selepas ini. Do wait for next entry yea!



p/s: sekarang dah start study week, tapi mode study masih belum datang.
Oh Lord, help me.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...