Sunday, March 20, 2011

Kisah Merbok Bermula... (Bahagian I)

Semalam 19 Mac 2011 bersamaan hari Sabtu, aku meninggalkan bumi Merbok.Selepas selesai final paper, Ekonomi pada hari Jumaat pukul 10.30 pagi, hanya perkataan ALHAMDULILLAH yang terngiang-ngiang dimulutku. Akhirnya aku berjaya menamatkan program ASASI UNDANG-UNDANG PI005 2009-2011 di UiTM Merbok, Kedah. 


Kini aku kembali ke pangkuan keluarga, ke pangkuan ibu dan ayah sebelum kembali sambung belajar. 6 bulan cuti. Satu tempoh yang cukup lama sebelum aku menyambung ijazah. Yang masih menjadi tanda tanya adalah ijazah yang bakal aku sambung. Masa depan yang masih kabur namun hati ini tak pernah berhenti berdoa, berharap dan memohon agar impian yang selama ini tersemat didada menjadi kenyataan. 
Itu impian!
itu harapan! 
Oh Tuhan, tolong kabulkan!

......

Menyoroti kisah lalu bagaimana aku boleh belajar di UiTM Kedah menggamit rindu pada satu tempat. Tempat menimba ilmu yang hati ini selalu meronta untuk pergi. Ketika mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, aku merenung nasib. Memikirkan apa yang tertulis di Luhil Mahfuz untuk aku. Keputusan yang sekadar OK membataskan pilihan jurusan yang dipilih tetapi masih layak untuk menyambung pada jurusan yang menjadi minat selama ini. UNDANG-UNDANG.

Tetapi sayangnya ditegah ibu dan ayah. Undang-undang itu dianggap sebagai sesuatu yang 'berdosa' jika ditimba ilmunya. Begitulah persepsi setiap orang yang memandang serong pada jurusan ini. Tapi tegahan ibu dan ayah ada asasnya. Mereka bukan berniat untuk menghalang minat anak yang satu ini tetapi risau anak lelakinya ini tidak mampu berjawab ketika berdepan Sang Maha Pencipta kelak. 'Abang sayang mak dan ayah!' :) 
Aku akur pada tegahan mereka. Jauh sekali untuk membelakangi kata-kata mereka, tidak mahu menjadi anak derhaka! Kata-kata mereka ibarat satu 'arahan wajib' yang perlu aku patuhi walaupun lembut ketika pertuturannya.

Masih tercari-cari jurusan pilihan hati setelah undang-undang di'haram'kan. Kebetulan aku ada meminjam brochure CFS IIUM dari seorang kawan. Dibawa balik ke rumah dan diteliti satu-satu jurusan yang ditawarkan. Mata hanya tertumpu pada Asasi Undang-Undang UIAM manakala jurusan lain bukanlah pilihan. Kemudian diteliti pula abang yang sulung! Dia perasan keputusan SPM aku memenuhi kriteria yang diperlukan untuk Asasi Kejuruteraan UIAM. Fizik, Matematik Tambahan dan Kimia lagi??? Dah laa result masa kat sekolah menengah dulu pun nyawa-nyawa ikan jer.Aku tak membantah. Ibu dan ayah memberikan restu. 
Asasi Kejuruteraan akhirnya menjadi pilihan pertama dalam UPU, kemudian disusuli dengan Asasi Undang-Undang UIAM, Asasi Undang-Undang UiTM etc etc etc. Hati kecil ini berdoa agar aku mendapat pilihan kedua atau pilihan ketiga tapi nampaknya lain yang diaturkan Allah untuk aku...

to be continued...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...