Sunday, August 29, 2010

BLS oOo BLS

Hari ini 19 Ramadan, dua hari lepas adalah 17 Ramadan, hari dimana kalam Tuhan mula-mula diturunkan.
Kalam yang menyeru menusia menuntut ilmu, membebaskan diri dari cengkaman jahiliah.
Kalam yang menyeru manusia membaca, membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan.
Hari yang bergelar Nuzul Al Quran.

17 Ramadan 1431 Hijrah.

Hari itu UiTM Merbok menerima kehadiran Dekan Fakulti Undang-Undang. Para pelajar Asasi Undang-Undang khususnya part 3 memgharapkan agar kehadiran itu membawa sinar, sinar agar impian yang tersimpan dapat diteruskan. Pagi itu semua menanti dengan penuh pengharapan. Mungkin akan ada berita gembira yang akan disampaikan. Ya, menjadi harapan setiap pelajar Asasi Undang-Undang untuk menyambung BLS Honours dan seterusnya LLB Honours di kampus induk UiTM. Tetapi ada halangannya. CGPA dan MUET. Syarat untuk diterima ke Fakulti Undang-Undang adalah setiap pelajar mesti mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan MUET band 4. CGPA mungkin tidak menjadi masalah, tetapi halangan terbesar adalah MUET. Kriteria ini mungkin akan mencorak semula lakaran hidup seorang pelajar Asasi Undang-Undang. Seorang pelajar Asasi Undang-Undang mungkin terpaksa mengatur semula perancangan masa depannya. Semuanya kerana MUET.

Hari itu ucapan dari Dekan seolah-olah satu mimpi ngeri pada sesetengah orang. Tidak akan ada interview untuk mana-mana pelajar yang mendapat band 3. Kekecewaan jelas terukir pada setiap wajah part 3 yang sememangnya mempunyai minat untuk sambung BLS Honours. Kini mereka perlu mengucapkan selamat tinggal pada Undang-Undang dan memikirkan program manakah yang akan mereka pilih selepas ini. Perancangan masa depan mereka berubah sepenuhnya. 

Percaya Kepada Qada' dan Qadar.

Menolaknya bermaksud terbatal iman seseorang Muslim itu. Ya itulah takdir yang harus mereka terima. Perlu pasrah dengan ketentuan yang Esa. Perlu redha dengan pelaksanaannya. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Allah lebih tahu dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya paling sesuai dan cocok untuk kita dalam menentukan keputusan-keputusan hidup ini. Jadi apabila kita telah sedar akan maksud perancangan dan ketetapan Allah ke atas kita... itu semuanya akan menbawa kesudahan yang baik. Maka jiwa kita tidak lagi akan bergolak. Kita tidak lagi perlu berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita rasa baik untuk kita itu tidak kesampaian. Dan ini mungkin jawapan pada kekecewaan mereka :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " Al Baqarah : 216
Rezeki Al Khaliq itu ada dimana-mana. InsyaAllah ada secebis untuk anda. :)
Dan kepada kawan-kawan yang akan mengambil MUET, berusahalah, berdoalah dan kemudian bertawakal kepadanya. 

"Aku Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaumku Melainkan Ia Mengubah Dirinya Sendiri" Ar Ra'ad : 11


5 comments:

kuma said...

gud luck semua untuk muet!

zahier said...

yeah po! gud luck sumer!

mohamadazrulhaqim said...

:')

zahier said...

aqim all da best yea :)

bukanfarah said...

bukan kata kampus kedah je. kampus kuantan pun terkejut jugak kot.

sounds unfair. tapi nak buat camne memang syarat dia macam tu.even part 3 kitorang pun banyak kecewa sedangkan pointer above 3.0 .

btw all the best :) semoga dapat ke BLS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...