Monday, March 28, 2011

"Kalau Sayang, Bagi Orang." (Mak, 2011)

Gambar sekadar hiasan.
 
I learned a very valuable lesson today. Pagi ni, aku bangun awal. Tengok ibu dan ayah kat luar buat kerja gardening diorang. Ayah angkut tanah, ibu isi tanah dan tanam pokok dalam pasu. Selepas siap buat prektis READING MUET, aku keluar untuk menolong ayah. Mengangkut tanah. Itu rutin harian ibu dan ayah. Hobi  mereka. Rumah aku pun dah kelihatan seperti Taman Botani! Penuh dengan pokok-pokok bunga! Dibelakang rumah pula, kebun sayur-sayurannya.

Tapi pokok yang ibu ayah aku tanam kali ini bukan untuk hiasan rumah aku, tapi untuk orang lain. Ibu dan ayah kelihatan sungguh gigih ketika melakukan kerja mereka. Mereka insan yang hebat! Saya berbangga menjadi anak mereka.

Ceritanya bermula apabila ibu dan ayah pergi ke rumah sepupu aku minggu lepas. Ibu lihat ada 3 buah pasu kosong yang besar tetapi tidak ada pokok didalamnya. Sepupu aku mungkin tidak ada idea pokok apa yang sesuai ditanam dalam pasu tersebut. Malah aku agak mungkin mereka sibuk dengan tugas harian mereka, almaklumlah sepupu aku tu pemilik kedai minyak Caltex, boleh dikira sebagai orang kaya di kampung aku ni, jadi mungkin tiada masa untuk uruskan itu semua. Ibu aku pulang ke rumah dan mencari tiga pokok bunga lalu dibawa ke rumah sepupu aku dan ibu aku sendiri yang menanamnya.

"Berapa mak mintak?"
"Mak sedekah je"

Itulah ibu aku, seorang yang terlalu baik, terlalu mulia. Tangan ibu seolah-oleh mempunyai sentuhan ajaib, tanamlah apa saja, pasti akan menjadi. Pokok akan tumbuh mekar. Cantik. Menyedari hakikat itu, sepupu aku membeli 22 buah pasu dan semuanya dihantar ke rumah aku. Pelbagai bentuk dan corak. Mereka meminta ibu dan ayah aku untuk menanamnya. Pokok apa tidak kisah. Mereka percayakan ibu aku.

"Mak ambik jelaa pokok-pokok yang lama letak dalam pasu tu."
"Depa dah percaya kat kita mana boleh buat macam tu, amanah tu."

Pasu-pasu yang sudah siap diisi dengan tanah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik. Sangat cantik. Ibu ambik pokok-pokok yang terbaik dari tempat semaiannya. Tinggal lagi beberapa pasu yang perlu diisi.

"Pasu ni mak nak isi pokok bongsai, mak sayang pokok bongsai tu."
"Kalau sayang tak payah laa bagi, yang sayang simpan laa!"
"Mana boleh, dalam Islam, benda yang paling kita sayang laa kita kena bagi dekat orang.
"

Aku kematian hujah. Benar, Rasulullah pernah mengatakan bahawa pemberian yang paling sempurna sebenarnya adalah benda yang paling kita sayangi. Mengakhiri kerjanya, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke tapak penjualan pokok bunga untuk  mencari pokok yang terbaik untuk sepupuku. :)

MEREKA INSAN MULIA!


5 comments:

Amie Tempoyak. said...

like this :) they have good hearts.

zahier said...

Indeed!

miss ANGIN said...

ingat tadi picture tu betul umah anda . teruja sekejap pasal lawa glerxx . gyahaha

Azmer Lias said...

kagum =)

ckLah said...

Salam. Kenapa tak sambung kisah UiTM Merbok tu...

Tahniah kerana tamat belajar. Anak saya baru nak daftar masuk Asasi undang2 di sana 21 mei ini. jumpa blog ni masa tercari-cari pengalaman bekas2 pelajar dari sana. Maklumlah, anak saya juga mengalami dilema yang sama dari segi pandangan orang terhadap 'undang-undang'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...