Aku jarang menangis, tapi hari ini air mata tak terbendung lagi. Saat khatib sedang membaca khutbah, air mata mengalir keluar. Di hadapan orang ramai, aku menangis, aku dah tak kisah apa yang orang fikirkan.
Hati ini sangat pedih. Sakit, sangat sakit. Hanya Allah yang tahu. Banyak perkara yang aku fikirkan, banyak persoalan yang bermain di fikiran. Allah!!!
Perasaan itu cuba untuk tidak aku layan, ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Peperiksaan akhir semester. Tapi kerana 'sakit' yang tak tertahan, hilang segala fokus dan perhatian. Hati makin merintih, mengeluh seolah-olah tak redha dengan ketentuan Tuhan. Astargfirullah...
Aku perlu bertahan. Hanya seminggu sahaja lagi sebelum semua ini menjadi kenangan. Kenangan pahit yang bakal dilupakan. Allah, kurniakan aku dengan kekuatan, berikan aku ketabahan, titipkan aku dengan kecekalan agar dapat aku lalui semua ini dengan penuh kesabaran!
Permudahkan urusanku ya Allah, hamba-Mu memohon pertolongan. :'(
2 comments:
andai malam kita suram..
ingatkan bulan yang bercahaya..
andai malam kita sepi..
ingatkna siang yang pasti tiba..
to u my dear friends
face the music.. be strong.. its going to end soon.. try ur best for now... and lets Allah do the rest for tomorrow..
hari ni kita di bawah.. esok2 kita kembali diatas pula... bumi sentiasa berputar... kehidupan sentiasa berlaku.. tak kan ada setiap saat pun yang terhenti mahupun berputak kembali...
all the best.. and wish u luck... sabar yaa.. =D
mohd zahir saya mahu kamu ingt firman Allah ini smpai bila2.. ini yg selalu jd pemangkin kekuatan saya saat kekuatan hampir patah.
"Mengapa ia berharap kepada selain AKU, ketika dirinya sedang dalam kesulitan, padahal sesungguhnya kesulitan itu berada ditangan KU. Dan hanya AKU yang dapat menyingkirkan nya !
Mengapa ia berharap kepada selain AKU dengan mengetuk pintu-pintu lain, padahal pintu-pintu itu tertutup !
Padahal, hanya pintu KU yang terbuka bagi siapapun yang berdo’a memohon pertolongan dari KU.
Siapakah yang pernah mengharapkan AKU untuk menghalau kesulitannya lalu AKU kecewakan ?
Siapakah yang pernah mengharapkan AKU karena dosa-dosanya yang besar, lalu AKU putuskan harapannya ?
Siapakah pula yang pernah mengetuk pintu KU lalu tidak AKU bukakan ?
AKU telah mengadakan hubungan yang langsung antara AKU dengan angan-angan dan harapan seluruh makhluk KU. Akan tetapi, mengapa mereka malah bersandar kepada selain AKU ?
AKU telah menyediakan semua harapan hamba-hamba KU, tetapi mengapa mereka putus asa & tidak puas dengan perlindungan KU ? "
mudah mudahan kamu d beri ketabahan n kekuatan menghadapi ujian ini. :)
Post a Comment