Final Exam! For some students it is a NIGHTMARE! Yes it is!
Final exam is a nightmare for me! It means that I have to read and read and read. A LOT!
The facts, the terms, the words sometimes are extremly hard to memorize! Azab weh! But this is it! The moment to reveal myself as a student. A REAL STUDENT! Why? Because usually in class I did not really pay attention when my lecturers were teaching! Haha. But when it comes to final examination, I have to become a real student. I need to read again and do the revision. Bahasa mudahnya baca semua balik. Serius PENAT weh!
This semester 4 papers were waiting for me.
Library and Information Processing Skills
Introduction to Law II
English for MUET
Social Psychology
*Critical Thinking tak de final exam :)
Sepanjang musim exam, I spent most of my time at Perpustakaan Sultan Badlishah. Tempat favorite setiap kali musim exam. Last semester, when I was in semester 1, I had my own study group but sadly no study group for this semester. Group tu masih ada tapi malas nak join, seganlah pulak tengok budak-budak pandai kat situ.Huhu. So I decided to study alone. Setiap hari di library. Kadang-kadang jer ditemani kawan-kawan sekelas. However I preferred to be alone sebab kalau ramai-ramai memang tak jadi kerja. Asyik berchit-chat sahaja.
|
Khusyuk mengajar. "Mu pahe dop Aimi?" Haha |
Dan kalau kat library, duduk kat meja yang untuk sorang-sorang lagi kusyuk study sebab kalau duduk dekat meja yang boleh memuatkan ramai orang, kejer tak jalan. Because I like to watch people! Tengok orang bercakap, main fb, study dll. Yang paling paling best tengok orang kena tahan dengan akak-akak librarians bila diorang nak keluar library lalu depan pintu yang sangat canggih itu dan pintu itu berbunyi. MALU WEH! Haha :)
Ok ini cerita exam.
Library and Information Processing Skills
Also known as MTC038. Belajar macam mana nak retrive data, nak guna library, baca kes dan segala bagai. First paper dan diakui paper ni agak susah. Momentum exam tu masih belum ada sebab masih dalam mood raya. Sepatutnya BEL260 dulu, tapi ditukar MTC038 dulu, jadi kerisauan tu memang tinggi. Bila tiba time exam, Alhamdulillah, I did pretty well. Boleh jawab semua walaupun diakui agak susah. Harap-harap result pon oklah nanti.
Introduction to Law II
Juga dikenali sebagai MTC037 dan subjek ni belajar pasal jenis-jenis law, mahkamah, macam mana nak saman orang [I LIKE!] dan banyak lagi. Ok ini tak risau sangat sebab bila buat tutorial pon ok, tapi kan satu yang saya pasti, 5 markah dah melayang gara-gara tak faham maksud "DEFECTS" dan tak baca details untuk bab tu! Oh COMMON LAW! :( Tapi saya tetap OPTIMIS! Masih ada 95 markah lagi. Haha. Tapi ada masalah lain lagi. Soalan last sekali yang sebanyak 30 markah! Memang boleh jawab tapi yang mengganggu ketenangan jiwa sekarang adalah jawapan yang saya berikan adalah pendek! Tapi kalau ikutkan itulah cara lecturer ajar, itulah cara menjawab soalan tu tapi yang tak bestnya pendek je essay tu! Macam tak padan pulak! Mak kata tak pe, ikut cikgu berkat! Hopefully. :)
English for MUET
Saya panggil BEL260. Ini punya tak study sangat pun. Ye laa nak study apa benda. Tak der apa yang nak distudykan. Cuma tahu format nak buat essay jelah. Time exam ok-ok jer! Yang tak faham maksud tu tembak jelah, takkan nak tinggal kosong pulak. Tapi yang tak bestnyer part nak buat essay tu. Tak de idea! Puas fikir tapi idea tak mai-mai. Tapi panjang laa jugak essay tu.
p/s: Miss Ima, bagi markah tinggi-tinggi yea. :)
Social Psychology
Kalau semester lepas, Introduction to Malaysian Govt and Politic mampu membuatkan saya bergetar seluruh badan, semester ini, inilah subjeknye! MTC039 is the killer subject for me! Banyak sangat terms pelik-pelik, teori-teori yang perlu dihafal. Bukan satu dua teori, berlambak. T__T Seriously I'm freaking nervous! Takut. I called my dad earlier and he asked me to perform solat hajat and solat tahajud. Papepun back to the basic, ISLAM, the religion of Allah. Thanks AYAH. Pada hari exam, petang, masuk exam dengan perasaan nervous, takut, cuak dan perasaan yang sama waktu dengannya. The moment I read the questions, I was effing angry! Chapter 14 tak masuk! TAK MASUK! Sedangkan tahun-tahun sebelum ni semua ada. Macam bab wajiblah. Guess what, I already memorized all the facts in CHAPTER 14! Tapi Alhamdulillah, masih ada bab-bab lain yang dihafal masuk. Hopefully everything just gonna be fine. InshaAllah. :)
|
Kalau anda bijak bistari, subjek apakah ini? :) |
Setiap orang akan ada cara sendiri untuk study. Sambil dengar lagu, buat nota-nota ringkas, dan macam-macam cara lagi. Well for me I prefer to listen to Maher Zain's songs! Lebih-lebih lagi lagu InshaAllah. Liriknya mampu memberi semangat dan menenangkan. Bila dah rasa semangat study tu dah luntur dengar lagu Maher Zain.
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
InshaAllah...InshaAllah...InshaAllah
InshaAllah you’ll find your way
Tapi sebelum memulakan study, satu perkara wajib saya akan buat, dengar surah
AR RAHMAN, surah favourite tu. Pastikan bacaan Saad Ghamdi. Merdu dow! :) Lepas tu baru mula study.
Papepun kepada semua kawan-kawan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang.